thanks for the click readers!

Thursday, April 21

-Me-Mo-Ri- Ber-Sa-Ma- Di-a-

hari nie 21 April 2011. sebenarnye saya x sampai hati nak taip entri tentang ini tetapi setiap kali saya cuba nak lupa, saya mesti akan ingat. takkan boleh lupa. macam awal minggu ni, saya ingat saya nak lupakan tarikh 22 April 2011, tapik malam tadik saya mimpikannya. bila saya terjaga waktu subuh tadik, saya menanges. yea. saya menanges. bukan sebab saya meroyan ke hape, tapi saya betol² rasa sentap. sampai saya menanges. menanges sesungguh hati saya. sungguh. saya rinduuu.................................... T_T

Hubby saya kata, saya patut let go segala feeling yg saya rasa tentang arwah. boleh kew? sedangkan dah bertahun² itulah memori paling pahit yang harus saya telan? setiap tahun,oke! bukan satu, dua hari. patut ke saya labelkan hubby saya x memahami saya? sedangkan dia sendiri melihat saya sengsara kehilangannya sepanjang tahun² belakangan ini??mungkin mereka yang x pernah merasainya lebih mudah berkata².

besok, 22 April, genap 10 tahun pemergian arwah abang kesayangan saya. saya mungkin boleh lupekan dia, atau mungkin boleh let go (mcm yg hubby cakap) perasaan yang menghuni jiwa saya jika saya lihat dia sakit depan mata saya. jika saya dapat menjaga dia selama dia sakit. tapi kehilangannya direntap. direntap dalam masa x sampai satu hari. manusia waras mana yang mampu terima semua ini berlaku dalam sekelip mata? 

pagi kejadian tu, kami sempat lagi bergurau senda, main game bersama dan petangnya saya kehilangan dia. kehilangan dia selamanya! sebagai seorang adik yang membesar bersamanya, ini tragedi paling sukar saya hadapi. sejak kehilangan dia, family saya kata saya pemurung. admit jelah. memang pon. i've lost half of mylife. setiap kali lepas sembahyang, mesti berjurai² airmata bile terengatkan dia. sejak kehilangan dia juga, saya jadik fobia bila lihat atau dengar tentang kemalangan. mesti badan saya menggeletar, hati saya berdebar². saya pernah merasainya. jadik saya tahu bagaimana perasaannya. selepas pemergiannya juga, saya mengelak seboleh mungkin untuk jejakkan kaki ke hospital - wad kecemasan. klu saya ke sana, saya terasa seperti ulang tayang kejadian 10 tahun lalu. saya lihat abah yang hampir terduduk mendengar berita kematian itu. saya lihat abang yang cuba jadik tabah demi kami semua. saya lihat sedara-mara, sepupu² menanges atas kehilangannya. paling saya ingat, di wad separa kritikal, dia terbaring kaku. pucat lesi. darah di muka. baju, seluar jeans penuh darah. ahh! sumpah, saya x sanggup. saya hanya ke hospital apabila terpaksa. diulangi - terpaksa! -

setiap kali lalu depan hospital, selalu je sedaya upaya saya akan pandang ke arah lain sebab hati saya pedih. entah. saya x tahu kenapa. hati saya pedih yang x terucapkan. kadang² saya rasa bersalah pada doktor yang berusaha menyelamatkannya kerana menuduh dia tidak berusaha. sedangkan saya tahu dia telah mencuba. sekurang²nya mencuba. sedangkan saya? pernah saya mencuba untuk lupakan trauma saya?  tak pernah. kerana saya rasa, jika saya lupakan kenangan tu, tentu saya akan kehilangan sebahagian besar dia dalam hidup saya. saya x mahu lupakan bahagian memori saya bersama dia sepanjang hayat saya. 

biarlah klu orang nak kata, 10 tahun jangka masa yang cukup lama untuk saya cuba lupakan dia tetapi kenyataannya saya x pernah lupakan dia. x pernah! 

saya rindu dia. saya rindu suara dia. saya rindu dengar dia panggil acik. saya rindu nak berebut makan dengan dia. saya rindu nak beli baju hari raya sama² dengan dia. saya rindu nak salam tangan dia. saya rindu nak bergaduh dengan dia. saya rindu nak lihat dia senyum.

yes. semalam saya mimpi dia. tiada perbualan. cuma dia tersenyum disebalik baju melayu putih yang membalutinya. sumpah. saya memanggil dia agar pulang tapi cahaya putih yang meneranginya terlalu terang hingga saya terpaksa memejam mata. dan bila saya membuka semula mata saya, saya lihat cuma suami saya disebelah saya. sumpah! klu saya tahu saya hanya dapat lihat dia hanya sekejap, saya x mungkin pejamkan mata saya. dan tetiba hati saya jadi sayu. saya menanges. menanges sesungguh hati saya bila saya sedar saya x mungkin dapat lihat dia lagi.. lihat dia betul² di hadapan mata saya. Ya Allah.........

    

*DariNya kita datang, KepadaNya kita kembali. 
Al-Fatihah kepada Allahyarham Raja Mohd Firdaus Bin Raja Idris. (1983-2001)

"dimana letak syurga itu?
biar kugantikan tempatmu denganku
adakah tanda syurga itu?
biar kutemukan untuk bersamamu
kubiarkan senyumku menari di udara

biar semua tahu kematian tak mengakhiri
cintaaaaaaaaaaa….!!"


Mama To Be,
Mrs. Akmal

Sunday, April 17

-Precious Time-

Precious Time
It's such a special, precious time
You feel as though you're in your prime,
A pregnancy is a beautiful thing,
With all the excitement it can bring.

You feel so very beautiful,
And everything seems so wonderful,
As baby grows inside your womb,
And you decorate the nursery room.

So many things to do and plan,
When baby's birth is near at hand,
But there's no rush, so just enjoy,
And daydream if it's girl or boy!

by Andra Mccoy
Precious Time. knpe?? ntahlah..saya terasa sangat indah. hidup ini sangat indah. saya rasa prenancy moment saat paling indah dalam hidup saya. bila rasa ada seseorang dalam perut saya yang asik menendang dan berguling², dan bergolek².. sungguh sangat² sukar diluahkan dengan kata². betapa Allah itu Maha Pemurah kerana memberi saya merasai semua ini. =.=

"Terima Kasih Tuhan.."

eh, saya dah pegi scan baby saya minggu lepas. excited kan nak tahu sex baby.hahhaha.. oh, baby tu sangat somel. duduk jek die. macam boring jek die kan.hahahha. then after a few second, dia dah mula tendang², angkat² kaki, wat aksi menonggeng la, hape la..hahhah..tapik siyes, kami teruja!! lebih² lagi babahnya lah...-sebab 1st time dapat jumpe baby kan. doktor pon mulekan proses nak tengok sex baby.. memula kami assumed baby boy. then bile doktor kata x nampak dia punya 'tutt', buat kami terpikir, adakah "syarifah" yang menghuni perut ini?? hahaha - ayat x tahan! then bila doktor jenuh dok explore atas bawah, kiri kanan..doktor kata "erm..maybe a girl". MAYBE?????? ei.. saya x suka ayat maybe. saya nak sesuatu yang nyata. iaitu ayat penyata yea murid²..hahhaha. then, rasanya tapelah. malas nak bergaduh dengan doktor tu kan.. dia kata kne datang lagi when 7months @ 8 months. bapak lama nak tunggu?? sekarang baru 6 months! huh. 
tapelah.. mungkin baby tu suh kami tunggu kot. mungkin dia suh kami jangan beli barang² dia awal² sebab tu dia saja menyorok. hahhaha - ayat memujuk hati sendiri. hahhaha. tapelah baby. terima kasih sebab tamau memberi kerjasama kepada mama dan babah utk memilih tema untuk kamu. hahaha.
   

* Pink kew Blue??? 
p/s : misi untuk scan baby di specialist centre pule. hahahhaha... :)

Mama To Be,
Mrs. Akmal

Wednesday, April 13

D.U.L.U

saya harap inche suami saya takkan berubah. xkan berubah menyayangi saya sama macam 9++ tahun yang dulu. bukan sebab saya rasa seronok membuli dia. BUKAN. saya x penah buli dia. percayalah! dia yang selalu buli saya. -hahahaha.
dulu masa zaman kami bercinta di sekolah. dia selalu belanja saya makan laksa kat kantin. (kadang² saya belanja dia juge). sampai sekarang pon dia selalu belanja saya. belikan laksa untuk saya. sebab dia tahu saya peminat tegar laksa. sampai sekarang juga, dia x penah lupe bufday saya. sampai sekarang juga, dia x penah lupa saya gila dengan jus tembikai laici dan ais kacang santan. paling dia ingat saya suka kaler pink. dari zaman sekolah sampai dah besar pon still lagik gilakan pink. saya ingat lagi saya penah paksa dia beli baju raya kaler pink. klu x beli saya x bagi dia datang beraya ke rumah saya. hahhaha. kesian dia!
dulu, saya sangka dia hanya cinta monyet saya. ramai juga yang cakap macam tu. even cegu² sekolah saya pon. after a few year, saya terjumpe cegu matematik saya di bank tempat saya praktikal. dia bertanya ke mana perginya boyfren saya semasa saya sekolah dulu. saya sangkakan dia bertanya tentang ex-boyfren saya.jadi saya jawab dah mati -dalam nada bergurau. kemudian cegu saya kata " bukan budak tu. si syed tu ".. oh. saya terdiam dan terpikir dimana cegu saya dengar rumours mengatakan saya telah putus dengan dia??-bajet macam artis terkenal je kan..hahahha. saya kemudian menerangkan saya masih bersama dia.sudah 5 tahun kami kapel! cegu itu sangat terkejut beruk mendengar confession saya. hahhahaha. tapelah cegu.saya maafkan cegu.. hahhaha. :P
dulu, saya penah ada kenangan manis dan pahit di KFC bersama dia. kenangan manis saya, pertama kali dia sambut hari jadi saya di KFC. siap suprise dgn kek bagai dan seutas rantai yang masih saya simpan hingga kini.(nak gadai, tapi x sampai hati-hahahhah). sumpah! saya takkan lupa kenangan manis itu. samelah dengan kenangan pahit yang terjadi di restoran KFC yang sama (tempat 1st time kami dating, sambut bufday). makanan yg kami beli tertiarap atas lantai. malunya Tuhan saja yang tahu. tapi kami kool jek.. wat muke selamba. duduk, tenangkan diri, gelak² dan baru blah. hahhahahaha... yang lawaknya, sampai sekarang kami dah x jejak dah restoran KFC tu. banned terus! malu punya pasal kan. walaupon klu nk pikirkan secara logik, tade sape pon kenal/recognized muke kami masa tu. sume tengah kebulur nak makan kan. hhahahaha...
dulu juga saya penah terpikir adakah hatinya akan berubah setelah bekerja di sarawak? saya jauh. x mustahil dia akan jumpa seseorang yang lebeh baik dari saya. itu yang saya rasa. tapi selepas beberapa bulan dan menjangkau setahun dia masih setia membuatkan saya tidak teragak² menerimanya sebagai suami setelah dia mula melamar.. ah, sangat manis bila saya telah terlalu lama menantinya (8 tahun ketika itu) dan meminta agar saya menjaganya seumur hidup. saya tidur sambil tersenyum tau malam tu. hahahahhaha.. perancangan bertunang dan bernikah kami dirancang x sampai setahun. segala² saya rasa terlalu indah walau saya tahu saya dan dia x mungkin hidup seperti pasangan suami isteri yang lain. kami terpaksa duduk berasingan. sorang di semenanjung dan sorang lagi di sarawak. setiap hari saya berdoa agar dia akan pulang ke pangkuan saya akhirnya. dan akhirnya betul² makbul bila dia dipulangkan kepada saya. walau ramai kate, sepatutnya bukan dia yang seharusnya dapat transfer. saya x mahu peduli. mereka x tahu bagaimana perasaan saya melainkan cuma pandai mencela. terima kasih!
kini dah hampir setahun kami berkahwen -eh, anniversary 4 june 2011 nie tau. dan kami sedang menanti ahli baru dalam keluarga kami. betapa saya sangat bahagia bersuamikan dia dan betapa saya sangat bahagia dikelilingi kuarga besarnya dan betapa bahagianya saya melihat cahaya bahagia dimatanya setiap kali dia menyentuh perut saya.

~ Sayang, terima kasih kerana membahagiakan saya... ~










Mama To Be,
Mrs. Akmal

Friday, April 8

cerita minggu ini... hee.. :)

blog saye dah berubah wajah... yeay!!! dah lame dah berazam sebenarnye nak cucuk botox cket kat blog nie, tapik tade mase. hahahha. macamla kau tu sebok beno kan efa!!! hari nie menggagahkan jua diri yg x berape nk gagah supaya melunaskan janji kepada diri sendiri. (hape menda tah dia nie?)
hape nk citer yea minggu nie.. oh.. last wednesday, saya pigi soping dgn hubby saya. saje nk abehkan duet die kan.. biasalah. surirumah sepenuh masa memang favret mengabehkan wang saku suami.hahhaha.. saya jugak dah beli 2 bijik (buah) novel utk mengisi masa lapang saya. nyaris saya x beli 3 tau. nyaris sangat!! nasib baek disedarkan oleh inche hubby yg penyayang supaya jangan tamak. hahhaha..
saya beli novel malays yea murid²... saya x beli novel inggeris sebab saya malas nk bukak dictionary klu saya x paham sesuatu perkataan. hahahha... sape kate cegu bi tahu sume huruf dalam bahasa inggeris?? haa.. cakap! jadik secara jujurnye saya telah beli novel :
1) cinta di awan biru - meen zulaikha
2) juara carta cinta - lynn dayana
jadik 2,3 hari nie saya x akan tidur petang lah sebab saya berazam (azam lagi) nak abeskan novel saya by this week juge..(nati bole mintak inche hubby belikan novel yg saya kempunan tu...hehehe).
minggu nie juge minggu happy bagi saya dan inche hubby sebab........................ 
baby kami dah mule menendang dengan kuatnye. oke, fine. kamu x selesa kan duduk tempat yg sempit?? kami sangat teruja. of kos la kan, our 1st baby. klu dah 7, 8 org anak, nak teruja hape lagi kan?? hahahahha.. hari yang sama kami soping² tu sempat gak g survey baby stuff.. bakal babah baby semangat sesangat nak belikan katil baby yg besar gabak! saya x marah pon klu die nk manjakan baby nie pon, tapi katil yg inche hubby nak beli tu besa sangat. saya rasa bole muat 2orang baby kot. sangat mengarut. malas nak layan. lalalallalala..... 
kami juge sangat teruje lihat baju² baby yg comel².. dan saya sangat tergoda pade dress baby girl dari Pooney. T_T rasa cam nak beli jek.... (sabarlah wahai hati..)
hujung minggu nie kami nak pegi scan baby. nak tahu baby girl @ baby boy. sangat teruja tau.
p/s : walaupon sebelom nie konfiden tamo tahu jantina baby.hahhahaha
hape yang kami harapkan??
baby sihat, sempurna dan aktif sudahla. x kesah pon boy @ girl walaupon inche hubby prefer baby boy supaya dapat menemani beliau menonton bola. cissss.....................................!
    


-hoh...comel bangat budak kecik dua orang nie.. grrrrrrrr!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!




Mama To Be.. :)
Mrs. Akmal 

Monday, March 28

A.L.E.R.G.I. bukan elegi sepi tau.hahahaha

-INSAF-
hoh.... saya harap saya telah bangkit dari rasa kerisauan tahap melampau saya tu. hari nie, saya bangun pepagi dan pegi seminar kerjaya bersama hubby saya. sebelom pegi dengar seminar, dela derang bagi sarapan free berupa bihun, pau dan kuetiau goweng serta teh tarik. tapik saya cuma makan pau jek..(sebab saya suke segalanye yg berwarna putih sekarang.hahahha). bukan saya tamo mkan makanan laen tu. lapar tau. tapik bile my mum in law kate ade udang dalam bihun + kuetiau goweng tu, terus x jadik kami suami isteri nak makan. knpe?? sebab kami alergik dengan seafood. jadik berbahagialah sotong, udang, ketam dan yg seangkatan dengannya kerana telah selamat dari nafsu makan kami suami isteri.hahahhaha...
-made for each other! ramai cakap kami camtu sebab kami nie banyak persamaan macam gini la. de sesetengah orang, alergik juge, tapik maseh boleh tahan tahap kegatalan yg menyerang mereka, tapi klu saya dan hubby suda berada pada tahap merah. hahahahaha. maksudnye, jika kami makan, muka, kaki, tangan, badan sume akan bengkak. klu saya pule, jika dah sampai tahap kronik bengkak² nie, terpakse la kne time injection. haa.. tu yg paling saya x suke tu..... sakit tau.. silap² dapat mc 2 hari. muke plak dah kembung + kembang mengalahkan belon jek kan..hahahahahahha... paling seksa klu saya kne serangan alergik nie, doktor akan bagi ubat antibiotik utk kurangkan kerengsaan, haa..ni lagi masalah saya. saya alergik juge pada ubat antibiotik. hahhaha..banyak kan alergik saya. klu saya makan ubat antibiotik yg x dikenal pasti dari mane, habeslah badan saya kne bintik² merah macam denggi berdarah tu. T_T
saya penah kne serangan bintik² merah paling teruk nie mase tahun 2005. saya demam panas, jadik doktor beri saya ubat antibiotik utk saya, saya ingat lagi, ubat tu kaler dark purple. lepas jek mkn, esok pagi, habes badan saya penuh dgn bintik² merah. x cantek pon hoke klu badan tetibe meriah ngn tompok² merah cenggitu. sume org kate saya kne denggi berdarah, sampai terpaksa pegi wat ujian darah kat spital 2kali. hoh.. sekali doktor klasifikasikan kes saya sebagai alergi pada ubat antibiotik bile saya disahkan bebas denggi berdarah.. sejak dari hari tu, setiap kali pegi klinik sebab demam, cirit-birit, sakit tekak, saya x penah dapat ubat antibiotik. dan yang paling seksa, penyakit saya lambat sembuh lah sebab x dapat antibiotik. sabar jelah... T_T
- mase kami jumpe doktor utk check up prenancy saya, doktor tu kate, if saya dan hubby mempunyai masalah alergi yg kronik, kemungkinan besar bayi kami akan menerima gen tersebut. gen alergi. cara terbaik katenye, adalah penyusuan susu ibu utk menguatkan antibodi baby. 


haih.. kesian baby saya. minta dijauhkan alergi ni darinya. Amin.. mama cuma mahu kamu kuat dan bertabah yea sayang!!




Mama To Be...
Mrs. Akmal

Thursday, March 24

yes! i'm so down. so what?

hola... xtau nak citer haper.. cam sedey pon hade.. tahla. hormon x stabil kot.. maaflah. entri kali ini agak emo mungkin. just need to share everything  wif sumone. yea..saya tahu hubby saya ade sebilik. mungkin saya patut luahkan pade dia dulu. tapi saya x sampai hati. setiap hari tengok dia balik dari tempat keje dengan muka letih, penat. xkan saya nak tambahkan risau dia kan... 
kelmarin saya pegi check up baby.. baby saya oke. aktif. jantung, nadi sume oke. cume masalahnye saya telah di-detect Anemia While Prenancy. ade kew manusia yg x tau ape tu Anemia?? alah..mase sekolah dah belajar kan lam subjek biologi @ mungkin Sains (saya dlu sains stream- jadik x tau hape budak art stream bljr lam sains. rasenye same je kan..)
Anemia tu maksudnye kurang darah (pade yg x paham la T_T....). kurang darah itu agak atau mungkin sangat bahaya pade ibu mengandung seperti saya lah (agaknye). tetiap hari saya pikir, kenape jadik mcm nie? selera makan saya oke. berat saya naik tiap² bulan sampai dah terlebey 500gram dari yg sepatutnye. ape lagi yg x kene? saya x risau tentang diri saya, saya risau baby saya... T_T adakah sume ni akan effect pade baby saya??




-bermula dengan keputusan yang mengembirakan ini. 
-sumpah! xkan lupe how terribly my hubby crying wen i showed this to him.... i'm so touched!


- dan ini habuan kepada saya untuk memilikinya..














- dan jugee ini... selalu jek saya bayangkan sedang menikmati coklat Smarties semase menelan dadah² nie sume...












saya cuma harap check up akan datang, hemoglobin saya akan normal. diulangi 
-normal-
Doakan saya yea readers sume.. 


Wahai Hati, Bertabahlah........


Mama To Be Upset Already
Mrs Akmal

Thursday, March 17

cool kew????

semalam.. tetibe dikejutkan ngn berita pesbuk dah x boleh di open. betol kew?? tanye kat adik ipar, katenye
" betul la tu kak..."
.............................................................................................................- terkedu.


mau x terkedu. ingatkan iklan fb akan ditutup march 2011 tu auta semate.. tapi rupenye, sekejap jek yg x boleh open, pastu suda oke..


(>_<) - senyum balek..hahahhaha


minggu nie cuti sekolah.. agak menyampah senorok la sebab dapat tengok muke inche tetiap ari sepanjang ari kan.... jadik aktiviti yg dirancang


1) tengok wayang
2) jalan²
3) survey barangan baby
4) memenuhi jemputan makan free...


hujung minggu nie ade lagi jemputan makan free di tepeng... kami ade 3 jemputan kenduri. 2 di ipoh, 1 di tepeng.. kami decide pegi sume kenduri.. hoh. mau muncett perot nati..hahahhahaha...
hape yg best minggu nie?? erm..tade pepe la yg best... bese² jek.. selain habeskan mase ngn inche hubby tersayang, saye juge suke layan blues dan kenangan² zaman lampau saye.. sejak preggie nie, saye mendapati beberape perangai pelik saye yg x boleh diterime akal saye yg waras ni kadang².. 


1) tetibe saye jadik emosional..suke bangat merajuk, walaupon hal kecik².. cepat jek rase sedey dan rase nak melalak tahap serius. (tapi sekarang agak oke la..)
p/s : sekarang saye asik ketawe jek..hape tah kne ngn saye.. hormon dah rosak kot.hahhahaha
2) benci makan coklat. x kire la eskem coklat ke, kek coklat ke, air milo pon buleh jadik penyebab saye muntah dengan banyaknye tau... sedangkan dulu, coklat tu umpama bestfren saye lahhh.... rase nak nanges berguling² depan pasaraya klu x dapat makan coklat. sekarang? favret saye Vanila.. haa..... cool kan saye??
3) ni rahsia tau... syuhhh... saye kadang² rase menyampah tengok muke hubby saye. yea.. saye tahu die x bersalah dengan keadaan emosi saye yg menggila nie, tapi saye kadang² tetibe jek rase tamo bercakap dengan die, tamo tengok muke die, tamo tengok die dalam bilik kami tu.. saye rase die x cool macam Orlando Bloom (tetibe).hahahahahha..
4) saye tetibe suke dengan sume kaler merah..sedangkan sebelom nie, sume org tau saye suke pink... (???????)
5) saye tetibe x suke makan kari. dulu, kari umpama sebahagian dari hidup saye... tapi kuah roti canai bole plak.. pelik betul.. 
p/s : saye juge gile dengan roti canai sekarang. :)
6) suke dera hubby saye belikan makanan macam². oh..saye tahu die sayang saye sebab tu die x kesah carikan roti gardenia 60sen utk saye  pukul 1pagi!! 


-eh..hubby saye sibok mao men game la.. tape. next time saye sambung mengarut lagi, hoke..... :)






- agak² baby kami muke sape nati ek???????????
















Mama To Be...
Mrs. Akmal

Friday, March 11

karipap @ curry puff???

hoh... sebenarnye nak wat kek + karipap on my hubby bufday. tapi kan, tetibe hari tu kefale fening la... jadik x jadik wat karipap. cian hubby saye, die tanye "mane karipap?'. hahha. so utk puaskan hati hubby saye, saye dah buat karipap utk die semalam. kenape saye buat karipap?? erm...sudah tentu la saye buat karipap sebab saye x reti buat kuih tepung talam! hahhaha. oke, jom tgk gamba karipap² saye.


- haa.. ni bahan nak wat karipap yea murid²..  saye wat karipap inti ubi kentang + ayam. jadik yg lam piring kaler putih pinkish siket tu daging ayam ye murid², bukan kain buruk.hahhaha.
- oke, mari masukkan kentang yea... 


- pastu tunggu sampai inti nie kering dan kentang tu empuk.. tapi klu korang nk pkai taruk jek inti lam keadaan begini, bole jek.. ade saye kesah?? hahahahha
- oke tu inti yg dah siap. yg kat tepi tu tepung yg akan diuli utk buat doh karipap. mom in law saye kate, klu nak kulit karipap tu crispy, gne air sejuk mase membuat bancuhan ini. ade paham?? tapi saye gune air suam. ape tah motif saye.hahahahaha
- hoh.. ni doh yg dah siap uli.
* abaikan tangan yg buruk tersebut.
- tadaaa...... haa.. dah siap pon karipap saye. tinggal nk goweng jek lagi...
* sekali lagi, sile abaikan karipap saiz gedabak punye besar kat barisan hadapan tu.. tu utk cik giant saye mkn..hahhahahahha








jadik kesimpulannye, hubby kate rasenye oke.. dan setakat nie, x nampak lagi tande² die keracunan makanan.hahahahhaha... next week saye nk wat makaroni bakar. dah dapat dah resepi!!! siap la kau inchek suami, kne pakse makan lagik.hahahhahaha.... 


Saye Gile Memasak!
Mrs. Akmal

Thursday, March 3

kronologi pembuatan kek!!!!

hoh.. x sampai seminggu pon lagik bufday inche hubby saye. awal² lagi die dah pesan tamo kek darik secret recipe ngn alasan, kek SR cepat muak. apekahh?? jadik istrinye yg sedang membosankan diri tetibe terase nak buat kebajikan sempena bufday inche hubby... hee.. jadik bermule ekspedisi mencari resepi. resepi ni sebenarnye dah lame mintak dari kazen saye nun yg jauh di Stafford - kak ninie. (oke, bunyik mcm melampau mintak resepi kat org yg duk kat obesea kan..?? tapi saye tade pilihan, saye nak wat sumting neu..-ayat x tahan!).
saye risau jika kek saye x menjadi @ x sedap time bufday inche hubby nati, jadik saye telah mencube membuatnye seminggu sebelom bufday hubby saya tu. 
malam sebelom kejadian saye telah memakse inche hubby membeli barang² membuat kek tersebut. ekspedisi pencarian bahan² membuat kek tersebut berjalan dengan lancar dengan adenye pembantu peribadi saya iaitu kakcik. pagi esoknye, saye bercadang nak wat kek pepagi. so, saye gerak hubby pukul 8pagi, halau die pegi keje. die pon pelik. katenye, knpe nk halau die pegi keje awal²?? hahahaha.. kate nak wat seprise kan? xkan nak suh die tgk saya buat kek tu?? -lagipon klu die ade, die suke sibok. nati abes jahanam kek saya dikerjakannye.hahahaha... 
jadik saya telah mule membuat kek pade pukul 1 petang..


- oke, ni bahan² utk wat kek saye tu.. tengok siap ade resepi yg saye dah siap print dari blog kak ninie saye tu. hahahahaha. semangat punye pasal la nie.hahahahha...




- pembuatan kek ini telah dibantu oleh adik ipar saye juge iaitu - kakcik. tengs yea lalink tolong kakak!! heee.. so, ni kek yg dah ready nak masok lam oven.


*sile abaikan rupe paras dan betapa comot tray kek tersebot. -saye budak baru belajar. T_T



- oke, kek saye dah siap masak!!! baunye harum 1 rumah!! dah macam bukak kedai bakeri plak rasenye umah mertua saye tu... hahahahaha..


* punyelah x sabar nak potong kek nie sebab nak tengok inti cheese tu kan.. nasib baek terengat note kak ninie, kne sejukkan kek before dipotong atau dilahap.




- haa... dah agak² sejuk, saye pon potong. huih... punyelah lembut kek nie. kek nie betol² marvellous!! tengs kak ninie!!! saye asik makan dan makan tanpa henti. hahahahha.
* saye buat jahat. saye anta MMS kat inche hubby kat sekolah. kelam kabut die kol semate² nak bagi pesanan "jangan habeskan kek tu. i nak rase jugak!!!". hahahhahaha.. tau dah tu yg u nak ckp.hahahaha..





- haaa..ni sebahagian kawan² yg dah tergoda ngn gamba kek yg dah saye upload di pesbuk.hahhahaha


- saye saje jek upload pix kek nie. dengan beserta niat kawan² pesbuk saye terliur.hahahahahaha
-konklusi dari kronologi pembuatan kek saya ini, telah berjalan dengan jayanye... lihat komen² mereka.. hahhahahahahhahaha......










jadik kesimpulannye, mungkin saye bole wat kek ni pade bufday hubby saya nati. tapi kelainannye, saye nak buat topping sekali. pasni kne berguru dengan kak ninie saye tulah mcmne nak buat topping cake pule..hahahahaha..


*saye budak baru belajar.. T_T
Mrs. Akmal

Monday, February 28

Saya Nak Bela Ikan??? Dah Hilang Akal Ape!

baru² nie saya beli majalah 'pa & ma'. isu tentang haiwan peliharaan. sebut pasal binatang peliharaan, saya ade sekor kucing yg sangat TAMPAN. namenye Ocie.. kaler kelabu dan sangat gemok mcm tuannye jugak. bile saya bace tajuk isu majalah yg saya bace tu, tetibe hubby saya menyampuk. katenye : 
"haa..sayang, pasni jangan main² ngn ocie dah."
haa..pehal pulak nie?? x pasal² kucen kesayangan saya di banned oleh inche hubby sebab isu yg saya bace dalam majalah tu tau. tah pepe.




- nie mukan kucen saya. kucen saya lagi tampan dan gemok dari si comel nie.. heee...


- hah..nie isu yg hubby saya telah salah faham tu.








saya x la gile tetibe nak hukum gantung Ocie kesayangan saya sebab bace isu camtu kan.. memangla diakui lam majalah tu ditulis banyak efek yg tidak baik utk baby jika ibu mengandung membela binatang yg bernama kucen nie. tapi kebanyakan efek buruk itu berlaku kepada sebahagian penduduk di negara Eropah sahaja. memandangkan di Malaysia ni kebanyakan penduduknya membela binatang ini, jadi penduduknya telah imun terhadap virus² bawaan si kucen ini. jadik dipendekkan citer, x la salah saya membela Ocie, cume kalau boleh dikurangkan la bermain² dan tidur bersama Ocie ni (mcm yg saya selalu wat sebelom saya preggie dlu). 
yang kelakarnye selepas saya membaca isu tentang haiwan peliharaan ni, saya telah tertidur. dan saya telah bermimpi... saya bangun dari tidur dan ternampak note yg ditampal oleh inche hubby di meja solek saya. note tu tertulis.. 
" Sayang, 
Sila lupakan Ocie. 
Haiwan peliharaan yg sesuai untuk ibu mengandung adalah IKAN."
hahahha...saya terjaga dari tidur, siap gelak² lagi. nie sume gara² saya terbaca ayat di akhir dalam rencana tu..




- nie ayat yg wat saya mimpi ngeri tu. hhahahahha..






hubby saya kate, oke la klu saya tetibe nak hantar Ocie ke Orphanage Cat dan tukar pet kepada ikan.. hahhahaha.. saya gelak berair² bijik mate sebab saya x penah ade memori yg hebat dan best bersama binatang bernama IKAN nie tau. hahhahaha.. saya bukan mempertikaikan keupayaan ikan membuat org yg minat ikan berbahagia, tapi sume kenangan saya bersama ikan, adalah yg pahit² belaka.hahhaha. percaya x, darik kecik sampai sekarang, ikan yg dibela oleh saya @ keluarga @ org lain yg berdekatan dengan saya x penah hidup lama. di ulangi - TAK PENAH HIDUP LAMA!! du mase kecik² saya geram tengok ikan² nie sebab kecik kan.. jadik saya picit sampai mati. bile saya agak² dah besa (dah sekolah), saya dah bijak cket.. jadik saya pikir, ikan tu tentu boring asik mkn makanan ikan kan, jadik saya bagi ikan tu makan beskot raya, buah-buahan, dan kadang² twisties. hebat kan saya? kadang² saya share kan makanan kucen saya dengan ikan² yg dibela keluarga saya tu.. esoknye, habes timbul sume ikan² tu. MATI!!! 
bile saya dah habes belajar dan sambung study di IPT, kuarge saya sangkakan saya telah insaf. jadik mereka membela kembali ikan dalan akuarium. bile saya balik cuti sem, saya tengok, 
"oh, comelnye ikan nie. dah mkn belom korang sume nie ikan??"
saya kesian tengok mate sekor² ikan tu dah terbeliak mcm 40 tahun x makan. jadik saya bagi la makan.. (baek kan saya??). tapi sebenarnye, saya x tahu plak ikan tu x boleh dibagi mkn banyak², sebab perot derang akan pecah, x pon akan mati sebab terlebey mkn. OMG, saya dah tuang separuh bekas makanan ikan tu bawu mak saya bagitahu. tapi saya diamkan jek, x gtau mak pon pasal saya dah bagi mkn ikan² tu.. mcm biase, esoknye mereka telah MATI!!!! saya maseh ingat, abang saya kata :
" boleh x kau x payah nak kesian² kat ikan² nie??" -hahhahahaha
hah.. terbuktikan..saya x penah ade kenangan manis bersama ikan?  
jadik idea hubby saya supaya mule membela ikan, memang x dapat diterime oleh akal saya yg waras. sayang, saya x tahu nak bela ikan. tolonglah. bagi saya bela penyu pon tape daripada ikan. hhahahaha..


- clownfish memang comel, tapi kalu ia mati terbunuh ditangan saya buat ape kan?? hahhahahha...








Mama To Be..
Mrs Akmal

Thursday, February 17

Keterujaan Melampau Ke i-City..

lambat! lambat hapdek cite ke i-city.. oh... mesti ramai yg cakap,
'kecoh jek minah nie. aku pon da pegi i-city tulah'.
tapi dengan nada bongkak, saya tetap nak citer dan tayang gamba² saya kat sane.. heee.. :)
saya memang dah lame bodek inche syed ke i-city. satu pekara u ols kene tahu tentang inche syed kesayangan saya, die x suke kesesakan! diulangi KESESAKAN!! tapi disebabkan ngn ugutan air liur baby akan berjejer kuar bile lahir nati sebab x dapat tengok i-city ( ni idea dari mak mertua kesayangan saya-hahahah), saya dengan jayanye telah melangkah ke i-city.
hahahaha - gelak bangga.
tiket parking ke i-city ialah RM10. hah... hubby saya kata, "nasib baik sebab baby..". hahahha (adakah nampak seperti die lebey sayang baby dari saya??-oke. mengarut.). kan saya kata, emosi saya x stabil sejak saya peknen nie. jadi anda semua kene redha la dengan emosi saya nie. hahaha. macam hubby saya selalu cakap, 
"sayang, tolonglah. tolonglah jangan masuk dalam fantasi sayang lagi."
hahahaha. ayat ni akan kuar setiap kali saya salah faham dengan apa yg die cakap dan saya mule wat aksi jebek serta kuarnye tanda² akan menangis secara serius. hahahaha.. macam tadi, saya nak mkn laksa, saya suruh die pegi beli, die suruh org lain yg pegi beli.
hei, saya nak kamu yg belikan.
jadik saya menangis. ber-fantasi-kah saya? x kan? hahahaha.
die kate saya berfantasi?? cisss...
- tape, janji saya dapat pegi i-city.
jom tengok gamba saya ke i-city..



 -oke, tengok betol² muke ibu mengandung yg teruja..hahahaha




- ni plak gamba pertame mase memule sampai. terus peluk pokok. hahahaha


- hubby saya x suke gamba aksi² camni. tapi saya pakse. hahaha


- sumpah. sampai sekarang saya x paham kenape hubby saya amik gamba nie. :)


-oke, tipu. saya x tekejot pon tgk kaktus nie. :P


-ni aksi saya dah mule marah. saya nak jalan², hubby saya plak x abes² nak tangkap gamba.


-saya rase mase nie had kemarahan saya telah memuncak. hahhaha



-oke, saya sangat excited nak tangkap gamba depan angsa nie.hahahha


-knon kami pose ala korean drama la..hahhaha


-pokok ni sangat santek. jadi saya pandang, x kelip² mate. skali hubby snap gamba nie.hahahaha


-oke, gemok kan saya? dah. saya tamo cakap lagi. huh.










konklusi daripada lawatan sambil belajar saya nie, saya seronok tengok lampu² jek.hahaha. lagi saya agak frust sebab x dapat beli gelang lampu². saya makan kat apple restaurant - lam area i-city tu jugak. hubby saya makan lamb chop. saya makan fried rice kampung style yg x sedap langsung dan x berbaloi dengan harganye. nasik saya tu rm 10.90!! hape jadah klu x sedap kan?? grrrr......
oke. saya dah puas hati dapat g i-city. walaupon sebenarnye saya mcm saje² jalan² tengok lampu kat tepi jalan. hahahaha. -tulah yg inche hubby cakap.hahahaha.


Saya Rindu Nak Tidur Meniarap - hahahhaha

Mama To Be...
Mrs. Akmal

Sunday, February 6

eh... saye dapat award. kamu ade??

haaa..neok..saye dapat award. kamu ade?? - ayat poyo. haha. eh, award nie mukan saya suke² copy paste tau. saye dapat nie darik kakak sefufu saya - kak ninie. walaupon kak ninie kate belog saya patut masok kelas peralihan kerana banyak kesalahan ejaan (cisss...), tapik saya x kire, nak letak jugak award nie. wink. wink. wink. :')
mesti korang x tau kan hape maksud award nie kan... haa.. kejap.saya copy paste maksud award nie darik belog kak ninie saya tu..

Tersurat dan tersirat di sebalik Award ini:

PENCIL Yang Besar
Menunjukkan kesenian yang begitu peka terhadap blog anda dan mencerminkan sesuatu nilai penghasilan.

FILEM Bergerak Tanpa Henti
Menunjukkan AWARD ini di FOWARD kepada bloggerist yang betul-betul layak menerima. (maaf jika gambar ini tak bergerak di blog aku.memang rasa nak tempeleng je time kopipes). T_T

LOGO Bulat Berkelip-Kelip
Jika di perhatikan betul-betul, ia adalah manusia yang berkepalakan monitor komputer. Ini membawa maksud anda adalah seorang yang begitu bijak menguasai dunia alam maya ke globalisasi.
 
-hoi.giler ah. x berhagak nak copy paste. langsung x tukar font dan isi ayatnye. hahahaha. nampak no pemalas nak edit kan..hahahaha.
hoke l;ah.. saye rase dah cukop puas hati nak berlagak nie.. jadik nak out dulu.. lam minggu nie saye akan follow up cite saye mengidam ke i-City..hahha. penah dengar org mengidam ke i-City? x penah kan. hahaha.. nati la saya citer betape tensionnye hubby saya melayan keinginan melampau saya itu..haha.


mama to be...
mrs. akmal

Friday, January 28

- S.A.Y.A T.E.R.U.J.A -

hape tah nak cite. arini ari jumaat. besok hubby start cuti. chinese neu year kan... suke g pasaraya sekarang. sume kaler merah... heee.... 
minggu ni hubby asik sibok. mukan minggu nie jek..minggu² yg lepas² pon camtu juge.. terase diabaikan. umpama kain buruk - hade ke perumpamaan ini?? hahaha. saya bukan la nak mengade, tapi saya rindu hubby yg rajin bawak saya tengok wayang dulu tu. haa.... sekarang klu ajak tengok wayang, die tanye dulu, klasifikasi filem tu hape?? 
hei.... saya da lebeh dari 18 tahon tahu?!
die ngn bertenang kate, 
mukan... cite hantu yg kamu nk tengok tu, klasifikasi seram. ibu mengandung & pesakit jantung x boleh tengok.
ohhhh.... hampir² saya rase nak kurung diri lam bilik air tadi tau. protes la konon.hhahaha. tape. saya tunggu filem Nur Kasih The Movie. haa.. tu filem islamik. klu kamu x bawak saya tengok jugak, siap kamu! :P
eh..saya nak share dengan readers saya, saya pegi scan baby saya last tuesday.. wahhh... saya sangat teruja..!!!!

ei,,kiut sangat².. bile doktor tunjuk kaki die, tangan die, then die gerak² badan die, then do some loncat².. OMG... saya hampir menangis...!
-conclusion daripada cite keterujaan ini, suda konpem la, baby saya TIDAK TWIN... cuma SATU saja. tidak twin seperti babahnye, dan maseh tidak tahu girl @ boy.



eh, bile saya singgah umah mak saya di chepor, semangat maktoknye bertanye, baby boy @ girl.. hahhaha. maktok over excited nampak? bile saya dan hubby bagitau x nampak lagi, maktok x percaya. oh, apekahh? katanye, mesti kami nak secret. hah? mak..memang kami x tahu. fullstop.
bile balik ke manjoi, mak mertua kesayangan saya cuma mahu konpemkan if baby tu single @ twin.. dan suda tentu single.. :) . abah mertua saya pulak bertanyakan soklan yang sama seperti mak saya, jadik jawapannye masih same. kami x tahu. yang sebenarnye kami x kesah. asalkan baby selamat suda.
dalam keterujaan saya melihat baby di scan, sebenarnye hubby saya sangat makan hati. kebetulan hari kami ke klinik tu, punyalah ramai manusia, jadik kami datang pukul 8am, kami dilayan pada pukul 1130am.. hebatkan tahap kesabaran saya? - oke tipu. saya langsung hilang sabar.saya da jenuh sumpah seranah penjawat² awam kat klinik tu, baru nombor saya dipanggil. hahahha. ketika hubby saya melihat saya suda menarik muncung itik, die kate, die tamo masok sekali. takot lagi lame pulak. kesian pade patient lain. oke fine. lepas kuar dari bilik doktor tu, dan saya ceritakan betape terujanye saya lihat kaki baby yang comel dan betape comelnye baby itu meloncat², die terdiam dan kate kenape saya x ajak die masok bilik tu?? hah, pulak! yang sebenarnye die x pat time kenyataan, x pat tengok baby tu mase kne scan..hhahahahaha.. sabar jelah ye sayang. next time, k...
eh..sudah² saya cerita tentang keterujaan saya nie. muntah nati sume. saya rase saya patut benti menaip sekarang, kerana saya terase akan mengeluarkan isi perot saya sekejap lagi.. yea. saya da lepas 1st trimester for my pregnancy, tapi alah saya x hilang² pon.. sabar jelah!~ 

Mama To Be...
Mrs. Akmal

Friday, January 7

Last Year & Neu Year

dah masuk tahun baru. yeay! ape azam baru?? em..tade kot. oke.tipu. mestilah saya ada azam baru. saya rasa azam baru saya ialah :
  • nak kurus.. - x payah la korang teruja sangat. tetiap tahun aku tulis ni lam list azam tahun baru, tapi rasenye lom penah tercapai lagi.hahhaha.
  • nak jadik isteri terbaik utk hubby... - ceh..mentang laki dah dapat pindah cni kan.. :P
  • nak tambah koleksi cadar... - hubby saya sangat marah dgn hobi saya nie..
  • nak jage family dengan baik - hee...ade bite baik kah???? hahahhaha... well...
  • saya nak makan durian belanda.. saya akan cari sendiri. saya akan dapatkan sendiri.hem. - hape punye azam nie??hahahhaha
x banyak pon azam saya. ada lagi azam saya sebenarnye. tapi tamo la tulis kat cni.nati korang terkekek² gelak pulak.haa.... nak kurangkan dosa korang tu..hehehe.
taun 2010 memang banyak kenangan.. happy ade, sedih ade, yang over happy pon hade. 
  • yg happy tentulah sebab da tuka status dari 'cik yg manis' kepada 'puan yg gemok'. hahaha
  • yg sedih sebab opah dah tade..
  • hubby 2 kali masuk spital sepanjang tahun lepas. 
  • happy sebab hubby dah dapat tukar ke cni. jadi tadela separate lagi mcm dulu. tetiap ari duk mengadap muke die. tetiap ari duk berkepit ngn die. tetiap ari duk berdating ngn die.
  • happy sebab dapat bite gembiwe yang kami tggu² selame lima bulan berkahwin.. insyaAllah, doakan semuanye berjalan lancar. (haa...teruja x korang dgr??-hahhaha)
saya rase emosi saya menjadi tidak menentu sejak akhir² nie.. maaflah. doktor kate nie sume normal. normal hoke. normal. oke. think positive. tapi saya stress... saya x boleh tidur malam..menjelang subuh baru bole tidur.. haih... sampai bile nk jadi camni?? tolonglah.............. lame lagi kew? bile hormon nk stabil nie??? bile?



SayaMakinGemok.
Mrs. Akmal

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails