thanks for the click readers!

Friday, September 28

Bila Elfeeras Mula Belajar Bercakap

Hi readers!

Assalamualaikum..

Elfeeras sekarang dah hampir nak masuk umur setahun 2 bulan kan..so, sekarang dia dah mula belajar bercakap. tapi yang simple-simple jelah. kalau nak sebut perkataan yang panjang-panjang tu, x reti la kan..

hari-hari ade je perkataan baru yang dia belajar. plus saya pon x bekerja, jadik saya la jadik guru nursery dia.hahha.sekarang ni dia suka semua lagu yang berkaitan lorry @ bus @ animals.selain tu, saya juga banyak berinteraksi dengan dia.ajar dia sebut perkataan yang mudah. saya penah la baca tentang info yang kanak-kanak seusia feeras nie suka rhymes.dia akan belajar dari situ.jadi hari-hari saya pasang rhymes dan terpaksa belajar nyanyi sekali. sebab feeras nie tetiba bangun tido dia mintak saya nyanyi lagu yang dia suka. kalu x tahu nyanyi, mau ke dia wat mata berair dia tu. sedih tauh! better la nyanyi walaupon suara x sedap.haha!

feeras kan bila tetiba datang time merapu dia tu, tetiba jek sebut

"ma, beep.beep.beep."

tu maksudnye dia mintak saya nyanyi rhymes wheels of the bus.so mama dia tanpa rasa ragu terus laa nyanyi. xpon kot suka hati dia buat tangan lip lap in the air suh kita bajet, lagu apa yang dia nak suh kita nyanyi. over tau. saya nie pon memori bukan kuat sangat pon.ble salah teka, mau dia mengamuk-ngamuk. kadang-kadang geram. kadang-kadang dah imun.malas nak layan.yang selebehnya mama dia tanjat juga kalu dia jerit kuat-kuat tanpa henti tu kan..haha!

feeras nie nak kata dah pro sangat bercakap tu tadelah kan.kan tadi dah cakap dia baru mula belajar. so sekarang ni perkataan yang simple dia boleh la sebut. contohnya :

ma, mama - mama
babah, abah - babah
tok - atok
pah - opah
mak - mak tok
yayah - tok ayah
nanak - tak nak
nak - nak
habes - habes (xde pon dia sebut habes jugak)
abam - abang
lorry - lorry
bus - bus
tor / vroom - motor
car - kereta
ni - ini
tu - itu
yak - berak / buang air besar

banyak lagi, tapi banyak dah maknya lupa. haha! nati laa, kalu teringat nati saya tambah lam list nie hokeh.haha! 

sejak feeras dah pandai berjalan, memang laa banyak senangnye keje mak dia kan. tapi kadang-kadang geram pun ada. bukan pe, dia sekarang dah pandai lari tau. kalu tak nak mandi, lari. taknak makan, lari. taknak basuh berak pon lari. haih, stress mama kau nih.

paling latest sekarang dah pandai bagitahu bila dia berak kelakar la memula dan macam x percaya. tapi x gelak sebab takot nati dia rasa rendah diri ke apa, then tamo bagitahu lagi. selalunya dia kan jerit 

"ma...yak! yak! yak! ma....." -macam tarzan pon hade.haha! 

rasanya semua perkembangan kanak-kanak seusia feeras memang macam nilah kot. x tahu la pulak kalau ada anak-anak korang yang x ikot perkembangan nie. cea...macam good-good jea.

gamba kat bawah nie, kejadian berlaku minggu lepas. masa nie dia merajuk. puncanya dia nak mandi lagi, tapi mama dah stop air dari paip air.so, dia merajuk dan tamo kuar dari toilet. ade la dalam setengah jam nak pujuk dia.

masaklah mama kau!






* feeras sekarang kadang-kadang panggil babah dia tu 'ABANG'. amboii diaaa tuuuu....mesranyaaaa...!
pitam lagi mak kau!*


til then,
tengs for reading!

Wednesday, September 19

Adam Dan Hawa

hi readers!

Assalamualaikum.
saya ni bukanlah peminat tegar Aaron Aziz ke apa.dan ni jugak bukan sponsored post okeh.so jangan risau. cite ni kan sekarang tengah hot. sapa yang tade siaran astro, rugilah. lagi rugi for those yang ade mangkuk astro,tapi x bayar bil astro, then x boleh tengok jugek. lagi keshian kalu ade siaran astro tapi x beli mustika packed.jadi haruslah rasa keciwa macam nak masukkan kepala dalam tong sampah sebab Adam Hawa kat mustika HD channel 134.hahha! gelak jahat.

drama rantaian nie best la sebab adaptasi novel. saya x penah baca pon novel nie sebenarnya. tapi masa 1st episod terus jatuh cinta, malam esok tu merayu terus kat hubby, belikan novel nie sebab x sabar nak tahu ending!hahha! bila dah baca novel, kirenya hati x la tertanya-tanya whats happen next episode kan! keji. 

saya suke ngan heroin cite ni yang pegang watak Ain Hawani tu. muka dia sweet sangat. tolonglah! boleh x jangan cakap retina mata saya rosak. please la setuju dengan pernyataan saya tu. memang sweet kan? teringat dia berlakon dalam Filem Cun pegang watak Manis. budak terencat akal kan...

saya tamolah bagi sinopsis cite nie kat sini sebab nati korang-korang dah x nak tengok pulak. kesian dak Aaron Aziz tu.dahla hensem. eh! kau dah kenapa? sentap hati laki kalu baca statement nih. 

korang kalu x baca lagi novel nie, boleh pi beli cepat-cepat. alah kat Mydin, bawu RM17.90 jek. jangan kedekut sangat. eh!kau apahal? haha!

kat situ tulis 9malam kan? sebenarnya pukul 10malam.

nie novelnye.jangan lupa carik dan baca kalu dah x sabar nak tau ending macam saya.haha!

alah.tapi pada korang yang x minat nak langgan astro @ x minat nak beli novel.boleh jek korang cari episod yang lepas-lepas kat internet kan? kat youtube smpai episod ke4 jek yang ada rasenye.so pepandai la korang carik source yang lain hokeh.xpon boleh jek like pages Adam dan Hawa kat facebook DramaAdamHawa. biasanya admin akan update dan upload drama tu bagi sesape yang xpat tengok kat astro tuh.

sekarang episod ke berapa, saya pon x tahu.pakai tengok jek.hahha! tapi sekarang Ain Hawani dah further study kat Aussie. pasni dia akan jumpe Adam kat sana tau. ceh!nak jugak tu bagitahu what happen next kan! hahaha!

hoke tu jea untuk arini. saya share drama yang saya suke tengok. sharing is caring!


*hubby selalu keluarkan statement nie time bini dia tengah asyik tgk Adam Dan Hawa.
"alah, ayang nak tengok Aaron Aziz tu watpe. tengok je abang nie. kan muke abg macam Aaron aziz?"
OMJ!!!!!!! *pitam*


thanks for reading!

love,
mama feyash

Tuesday, September 18

setelah sekian lama

ehem.ehem. assalamualaikum kepada semua readers..
fuh..lama gila kot x wat entri bawu.rasa macam dah setahun dah x taip entri bawu. nasib baik pasword belog usang nih maseh lagi memorized.kalu tak, nanes la mak noks! 

saya tamo la taip pasal entri raya, sebab bulan syawal pon dah habes kan....gambo raya pon x banyak. gambo dari fon pon x boleh transfer. ape kena tah dengan usb fon tuh. x pasal-pasal nak merajuk plak. sentap le tue ble tau kita survey fon bawu.huh. so, nie gamba raya ritu. tahun nie turn raya umah mertua. kebetulan sume biras pon raya kat umah mertua.so meriah la raya sebab ramai kan..... feyash paling seronok sebab dapat banyak wet raya. mak pak dia tukang kira duit raya dia jea. pastuh pak dia semangat masuk wet raya dia lam SSPN sebab......ade pertandingan simpanan rm100 and above, boleh menang rm100,000.cett! pak dia memang suka bab-bab duit ganda-ganda nie sebab pak dia otaknya asik pikir bisnes jea manjang.haha!
nie dah raya ke4 nie mase beraya kat umah moyang feyash di Felda Lasah, Sg Siput, Perak.

tahun nie tema kami kaler purple..LAGI!!!!! sebab tahun 2010 pon kaler  purple oke *mata ke atas*

nie mase pegi open house office opah feyash. -feyash mengade jek nak badmud bagai.huh.

feyash beraya di Bota, Perak-kampung belah atuk Syed.
oh..lupa.feyash dah pon menyambut ulangtahun yang pertama pada 10 Ogos 2012 yang lalu. tapi sesi potong kek beliau telah ditunda pada raya ke3 kerana time tuh bulan puasa plus mama dia x kuasa nak pegi tempah kek bagai di saat berpuasa. jadik maktok dan paklong feyash buat seprise party utk die on raya ke3 tulah.. yang geramnye, masa nak potong kek, dia bukan nak potong kek tu, tapi dok aim kereta mainan dan ultraman atas kek..hoi..anak sapalahh nih..*pitam mak kau!*

dan officially feyash dah pon boleh berjalan on his own feet pada raya ke5 aritu.. sekarang keja die asik men turun naik tangga jea kat umah opah dia.. mak dia plak tetiap ari jadik mangsa dia, asik ikot dia berkawad dalam umah. waaa....T_T *nanges*

dia jugak dah boleh cakap siket-siket. comel ngat tauh! suara dia macam katun.hahaha!

so..sempena kejayaan beliau boleh berjalan tuh, babah dia bawak dia makan-makan kat kenny rogers.. tapi dia just makan buah-buahan dan mushroom soup jea.mak pak dia yang order lebeh-lebeh.haha! eh..lupa.sekarang nie feyash suka sangat makan buah. paling suka buah tembikai,mempelam dan anggur. nati kalu kita kata dah habes, dia akan tunjuk kat peti ais dan cakap "nak!nak!". paling geram kalau pegi Mydin, dia tengok jea buah tembikai, dia jerit kuat-kuat sebab nak makan kat situ jugak.melampau oke.sapa ajar kau jadik begini wahai anak?-selalunya babah dia kan wat muka tebal dan angkut dia keluar dari tempat kejadian.hahha!

masa nie umor dia 11bulan.

haa..nie dah pandai jalan dah masa nie.sekarang pegi shopping mal, tamo dah duk lam troli...jenuh mak pak nak kejar kau lam mall kan! melampau sangat.haha!

nie masa bufday dia.kuar makan n jenjalan jea kat Mydin.


okeh.tu je buat mase nie. next time update lagi.

*oh..feyash yang macho nie, x menanges pon mase kena injection MMR utk 1yo tuh...sangat gagah oke anak mama.pandang jea jarum tuh masuk kat tangan dia.oh!sungguh tabah!mama kau pon x berani macam tu oke.haha! doc kate biasanya baby akan demam lepas cucuk utk 1 yo tu sbb ubat tu kuat tapi alhamdulillah, feyash x demam pon. dia memang x demam kalu cucuk.maybe sebab dia baby breastfeeding kot. :')


till then, thanks for reading!!

love ya.
mama feyash






LinkWithin

Related Posts with Thumbnails