thanks for the click readers!

Thursday, April 21

-Me-Mo-Ri- Ber-Sa-Ma- Di-a-

hari nie 21 April 2011. sebenarnye saya x sampai hati nak taip entri tentang ini tetapi setiap kali saya cuba nak lupa, saya mesti akan ingat. takkan boleh lupa. macam awal minggu ni, saya ingat saya nak lupakan tarikh 22 April 2011, tapik malam tadik saya mimpikannya. bila saya terjaga waktu subuh tadik, saya menanges. yea. saya menanges. bukan sebab saya meroyan ke hape, tapi saya betol² rasa sentap. sampai saya menanges. menanges sesungguh hati saya. sungguh. saya rinduuu.................................... T_T

Hubby saya kata, saya patut let go segala feeling yg saya rasa tentang arwah. boleh kew? sedangkan dah bertahun² itulah memori paling pahit yang harus saya telan? setiap tahun,oke! bukan satu, dua hari. patut ke saya labelkan hubby saya x memahami saya? sedangkan dia sendiri melihat saya sengsara kehilangannya sepanjang tahun² belakangan ini??mungkin mereka yang x pernah merasainya lebih mudah berkata².

besok, 22 April, genap 10 tahun pemergian arwah abang kesayangan saya. saya mungkin boleh lupekan dia, atau mungkin boleh let go (mcm yg hubby cakap) perasaan yang menghuni jiwa saya jika saya lihat dia sakit depan mata saya. jika saya dapat menjaga dia selama dia sakit. tapi kehilangannya direntap. direntap dalam masa x sampai satu hari. manusia waras mana yang mampu terima semua ini berlaku dalam sekelip mata? 

pagi kejadian tu, kami sempat lagi bergurau senda, main game bersama dan petangnya saya kehilangan dia. kehilangan dia selamanya! sebagai seorang adik yang membesar bersamanya, ini tragedi paling sukar saya hadapi. sejak kehilangan dia, family saya kata saya pemurung. admit jelah. memang pon. i've lost half of mylife. setiap kali lepas sembahyang, mesti berjurai² airmata bile terengatkan dia. sejak kehilangan dia juga, saya jadik fobia bila lihat atau dengar tentang kemalangan. mesti badan saya menggeletar, hati saya berdebar². saya pernah merasainya. jadik saya tahu bagaimana perasaannya. selepas pemergiannya juga, saya mengelak seboleh mungkin untuk jejakkan kaki ke hospital - wad kecemasan. klu saya ke sana, saya terasa seperti ulang tayang kejadian 10 tahun lalu. saya lihat abah yang hampir terduduk mendengar berita kematian itu. saya lihat abang yang cuba jadik tabah demi kami semua. saya lihat sedara-mara, sepupu² menanges atas kehilangannya. paling saya ingat, di wad separa kritikal, dia terbaring kaku. pucat lesi. darah di muka. baju, seluar jeans penuh darah. ahh! sumpah, saya x sanggup. saya hanya ke hospital apabila terpaksa. diulangi - terpaksa! -

setiap kali lalu depan hospital, selalu je sedaya upaya saya akan pandang ke arah lain sebab hati saya pedih. entah. saya x tahu kenapa. hati saya pedih yang x terucapkan. kadang² saya rasa bersalah pada doktor yang berusaha menyelamatkannya kerana menuduh dia tidak berusaha. sedangkan saya tahu dia telah mencuba. sekurang²nya mencuba. sedangkan saya? pernah saya mencuba untuk lupakan trauma saya?  tak pernah. kerana saya rasa, jika saya lupakan kenangan tu, tentu saya akan kehilangan sebahagian besar dia dalam hidup saya. saya x mahu lupakan bahagian memori saya bersama dia sepanjang hayat saya. 

biarlah klu orang nak kata, 10 tahun jangka masa yang cukup lama untuk saya cuba lupakan dia tetapi kenyataannya saya x pernah lupakan dia. x pernah! 

saya rindu dia. saya rindu suara dia. saya rindu dengar dia panggil acik. saya rindu nak berebut makan dengan dia. saya rindu nak beli baju hari raya sama² dengan dia. saya rindu nak salam tangan dia. saya rindu nak bergaduh dengan dia. saya rindu nak lihat dia senyum.

yes. semalam saya mimpi dia. tiada perbualan. cuma dia tersenyum disebalik baju melayu putih yang membalutinya. sumpah. saya memanggil dia agar pulang tapi cahaya putih yang meneranginya terlalu terang hingga saya terpaksa memejam mata. dan bila saya membuka semula mata saya, saya lihat cuma suami saya disebelah saya. sumpah! klu saya tahu saya hanya dapat lihat dia hanya sekejap, saya x mungkin pejamkan mata saya. dan tetiba hati saya jadi sayu. saya menanges. menanges sesungguh hati saya bila saya sedar saya x mungkin dapat lihat dia lagi.. lihat dia betul² di hadapan mata saya. Ya Allah.........

    

*DariNya kita datang, KepadaNya kita kembali. 
Al-Fatihah kepada Allahyarham Raja Mohd Firdaus Bin Raja Idris. (1983-2001)

"dimana letak syurga itu?
biar kugantikan tempatmu denganku
adakah tanda syurga itu?
biar kutemukan untuk bersamamu
kubiarkan senyumku menari di udara

biar semua tahu kematian tak mengakhiri
cintaaaaaaaaaaa….!!"


Mama To Be,
Mrs. Akmal

5 comments:

Mrs.NZ said...

byk2kan sedekahkan al-fatihah,semoga arwah dan hati kita tenang,insyallah.

Anonymous said...

fistly aku baca tjuk entri ko ni aku dah leh agak ko akan story psal ni..3 thun aku duk ngn ko n aku slalu je dengar cite psal arwah..tpi aku x prnah muak pon..untuk syg seseorang kita hanya perlukan sedikit masa tapi untuk lupakan seseorang kita perlukan masa yang terlalu lama..pe2 pon sabar ye..i miz u fa..

Effa Akmal said...

kak ninie,

cube nak tenang tapi ble sampai tarikh 22 apr, sure rase sedeh.


leenda,

i miz the time we used to be together. really!! :)

Anonymous said...

fa..u wak i touching tau ngn entri ni..ari ni i baca lagik..alah rasa nak sob sob sob jerrr...

Effa Akmal said...

leenda,

jgnla sedeh². kehilangan aku mungkin x seberapa berbanding ko yg kehilangan parents ko kan... :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails