thanks for the click readers!

Monday, February 18

BABY USIA 4 BULAN DILAMBUNG BIBIK!

Assalamualaikum.

menyirap betul hati aku lepas tengok video baby kena lambung kt youtube. x sanggup nak share video tu.mengigil tangan aku,ok. aku tahu pasal ni masa keluar berita tv9 pada 15 feb lepas. then keluar pulak kat tv3 sehari selepas tu. masa tu memang xnak tengok pun sebab aku x bolehlah tengok video dera-dera. nanti aku sentap.

alkisahnya tadi abg aku tag aku kat fesbuk tentang video ni. mengigil tangan aku nak tekan play.bila da tengok separuh perempuan gila ni kerjakan baby 2,twus airmata mengalir.sedeh weh.walau bukan anak sendiri,tapi aku x sampai hati nk buat macam tu.

menurut ceritanya, maid ni da dalam lokap pun utk siasatan selepas bapa bayi tu repot polis.mujur anaknya hanya lebam di tangan dan cedera dikaki. mau trauma hapa mak pak budak ni. bayangkanlah, pak dia tgk anak dia kena lambung2 masa dia on cctv kt lappy dia masa kat restoran.gilo. kalau aku mau histeria apa!

kepada ibu bapa yg bekerja diluar sana, tolonglah cerewet bab maid ni suma.demi anak kecil yg x tahu apa-apa.kesian weh. bayar maid mahal-mahal,sekali dpt yg mental disorder macam ni.

dulu aku rasa geram jugak bila laki aku x bagi aku keje dan suruh jaga anak.tapi lepas tengok video ni,rasa bertuahnyalah Elfeeras dijaga oleh aku sepenuhnya.

x boleh terima kalau elfeeras diperlakukan begini! menanges aku 7 keturunan,tahu!

thanks for reading!

''ISTERI SAYA TIDAK BEKERJA''

Assalamualaikum. Hi readers!

Hari ni adalah hari membebel.sila pasrah! haha!

Seorang suami mengadu rasa letih ... letih dan letih .... dan mahu isterinya membantu dia mendapatkan wang dengan bekerja juga, kerana setakat ini dia berpendapat bahawa isterinya adalah ''tidak berkerja''.

Berikut adalah Soalan dan Jawapan antara Suami (S) dan Pakar Psikologi (P):

P: Apa yang anda lakukan untuk hidup Encik?
S: Saya bekerja sebagai Akauntan di Bank.

P: Isteri Anda?
S: Beliau tidak berkerja. Beliau adalah Suri rumah sahaja.

P: Siapa yang membuat sarapan pagi untuk keluarga anda pada waktu pagi?
S: Isteri saya, kerana dia tidak bekerja.

P: Pada apa masa isteri anda bangun untuk membuat sarapan?
S: Dia bangun pada kira-kira 05:00 pertama kerana dia membersihkan rumah sebelum membuat sarapan.

P: Bagaimana anak-anak anda pergi ke sekolah?
S: Isteri saya membawa mereka ke sekolah, kerana dia tidak bekerja.

P: Selepas mengantar anak-anak ke sekolah, apakah dia lakukan?
S: Dia pergi ke pasar, kemudian pulang untuk memasak dan pencucian pakaian. Anda tahukan dia tidak berkerja.

P: Pada waktu malam, selepas anda pulang dari pejabat, apa yang anda lakukan?
S: Berehat, kerana saya kepenatan kerja seharian.

P: Apakah isteri anda lakukan itu?
S: Dia menyediakan makanan, melayan anak-anak kami, menyediakan makanan untuk saya dan membersihkan pinggan mangkuk, membersihkan rumah kemudian menidurkan anak-anak.

Dari cerita di atas, yang manakah anda fikir lebih berkerja??

Setiap hari isteri anda bermula dari awal pagi hingga lewat malam. Yang dipanggil 'TIDAK BEKERJA'?!

Hargailah isteri anda. Kerana pengorbanan mereka adalah tidak terkira nilainya. Ini harus menjadi peringatan dan renungan untuk semua bagi memahami dan menghargai setiap peranan orang lain. Memahami dan Menghargai antara satu sama lain akan membuat setiap orang berasa gembira.

*sharing is caring*

mama fie.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails