thanks for the click readers!

Friday, April 29

Penangan ke Langkawi.hahaha

ini kisah benar. sila percaya.
semalam pegi tesco (minggu nie, tetiap ari kuar soping + jenjalan-hahaha). cadangan asal adalah nak beli lungage. haa.. gile kau. pecaye tak? sebenarnye dah ade pon beg Akademi Fantasia kat umah. yg macam nie.

  
- sila take note yea murid² sume berkenaan beg akademi fantasia nie. hahahahaha.

yang ade kat umah tu, saiz kecil. diulangi saiz kecil. jadi si isteri yang penyayang telah berkata kepada si suami yang pemurah bahawa, beg tersebut x muat utk masukkan baju for holidays 4 hari 3 malam tersebut. kelam kabutlah si suami mencari alternatif sampai die kate 
"its oke, sayang. i'll use my travel bag."
WHATT!!!!! dah hilang akal ape? dia suruh saya pakai beg akademi fantasia tu, dan die nak pakai travel beg yg macam kat bawah nie.- backtrack punye hoke. dan saya x mungkin akan bersetuju dan berkompromi tentang hal ini. hem!

-hoke, beg nie hampir sempurna macam hubby saya punye, cume saya rasa dia punye lagi banyak poket kot. nie beg yg dia hangkut ulang alik masa dia duk sarawak dulu.

saya cuma kuarkan pertanyaan ini kepada dia
"kenapa pulak nak asing² beg? you takut org tahu you dah married kew?" - oke, soklan langsung tade kene mengena ngn subjek. hahahahaha. gasaklah.

sebenarnye, pada pagi kejadian, isu ini telah dibangkitkan - kemuncak kepada perbalahan isu beg ini ialah, saya halau dia bangun dari katil dan bergolek² dengan alasan saya nak tukar cadar! ouh, dia memang x suke ngn aktiviti tukar cadar saya ini. hahaha
tapi saya jadi sakit hati bile dia kata,
"malam ni x boleh kuar. abang nak main futsal. ade friendly match. beg ke hape nati kite beli jek kat langkawi"
oke. fine. match futsal dia lagi penting. jadik saya balas.
"oke. nati baju² kite tu, i packed masuk dalam beg plastik sampah kaler itam tulah yea..nati sampai langkawi, kita beli beg, baru campak baju² tu lam beg. yelah. you kan sibuk."
dia terdiam dan berlalu pegi keje.
tetiba jek dia balik keje petang tu dia kata
"lepas maghrib kita kuar yea. beli beg, pink guava favret you dan coklat."
saya jadi pelik.
"aik? kata you ade futsal match?"
dia tersenyum menggoda dan kata
"tak jadi. nak bawak you kuarlah."
hee... oke. lam hati menjerit - I menang!! hahahahha

tapik akhirnya semalam kami x beli beg. sebab? hubby saya meroyan nk pakai backpacked die tulah. benci betul saya. saya kan isteri dia? kenapa pulak dia x mahu kongsi beg dengan saya? benci tau!

semalam juge untuk pujuk hati sendiri, saya telah beli 2 kotak air guava pink. haa... sampai saket² perot minom air tu.hahahaha

pastu yang wat saya saket hati, saya minta dia beli coklat. knun nati bole makan mase otw ke langkawi. tahu apa yang dia jawab?
"ish.. x payah. kite kan nak pegi gudang coklat? coklat kat langkawi lagi murah dari kat cni."
ei...... saya geram tau. tapi pas dia pusing, saya snatch juge coklat cadbury. hahahaha.

-erk! sedapnye... -hidung berdarah-

saya nak beli baju pon telah dihalang
"belila kat langkawi nati sayang"

huh. sume kat langkawi kan. tade pon nak amek hati saya nie. yang saya ingat semalam, yang dia nak beli cuma botol susu baby, baju baby, pampers baby. -helo..mama baby terasa dianiaya dan dipinggirkan oke!

hem.. saya nak tengok jek nati kat langkawi hape yang dia nak belikan untuk saya.... mak saya cume pesan air gamat. untuk pulihkan luka. siap order 2 botol.hahahaha.

- nie air gamat asli. sila baca caption dibotol tersebot, ok. hahahahahha

oke. nie kisah benar. sile percaya yea readers sume. kesimpulannya, hubby saya asik pikir sume barang murah di langkawi. kita tengok same² nati hape yang akan saya dan dia beli. hahahahaha

Mama To Be,
Mrs. Akmal

C.I.N.T.A


cinta adalah kekuatan
cinta mampu mengubah duri mnjadi mawar
mengubah cuka menjadi anggur
mengubah sedih menjadi riang
mengubah amarah menjadi ramah
mengubah musibah menjadi muhibbah
itulah CINTA.....
walaupun cinta telah ku uraikan
dan ku jelaskan panjang lebar
namun jika cinta ku datangi
aku jadi malu pada keteranganku sendiri
meskipun lidahku telah mampu menguraikan
namun tanpa lidah,
cinta ternyata lebih terang
sementara pena begitu tergesa-gesa menuliskannya
kata-kata pecah kepada berkeping-keping
begitu sampai kepada cinta
dalam menguraikan cinta
akal terbaring tak berdaya
bagaikan keldai terbaring dalam lumpur
cinta sendirilah yang menerangkan cinta dan percintaan


p/s : saya agak jiwang. yea. saya tahu. sila abaikan. ibu mengandung memang emosi x menentu.hahahahaha

Mama To Be,
Mrs. Akmal

Monday, April 25

The Next Destination is............


LANGKAWI ISLAND.

next friday i will go to Langkawi Island.
dapat pakej murah kan.. mestila hati sangat gedik mahu ke sana. hahhaha.
tengs to my hubby yg sanggup nk membuang masa melayan perangai isteri peknen die ni.
hahhahahha. - gelak jahat.
hope pinggang saya akan bertabah. 
namo la diserang saket pinggang mase holiday kan. (hopefully).
namo diserang cramp di kaki sewaktu soping.
dulu, penah la berangan klu x peknen lagi, nak pegi ke Lake Of The Pregnant Maiden.
ade org kate klu minum air di tasek tu bole peknen. 
tapi sekarang x payah la minom.
klu minom juge, mau kuar kembar lak nati.hahahahha
saya sedang terpikir, bagaimana saya akan bertabah semasa menaiki feri nati.
sebenarnye saya ada masalah dengan laut. 
saya mabuk laut. saya x boleh hidu bau air masin tu.
mau muntah bergelen² nati.
agak² ade x ubat utk hilangkan masalah mabuk laut saya ini?
hahaha. - padan muke kau!
lagi saya dah terpikir mau borong coklat disana. 
tapi dah janji ngn diri sendiri tamo makan banyak² @ secara membabi buta.
penah dengar info - baby akan jadik hyper active jika ibunye suke mkn coklat semasa peknen.
uish..ngeri jek dengar kan..


sedang membayangkan akan berjalan ditepian pantai yg santek nie bersama inche hubby.
sambil ditemani burung² berkicauan.
bunyi ombak yang menderu². 
hamboi!! angan² kau melampau² efa!!
hahahahha. - petanda awal suda gian mau bcoti... :)


dapat kutip cengkerang yang macam nie. 
hahhahaha.
oke. harap² jangan ada yg tertipu ngan gamba nie. 
tade maknanya nak kuar pearl yg dah siap kaler² macam nie.
klu nak, bole carik kat kedai survenier.
berlambak hoke. 
- lupe nak mention. yg tiruan punyelah yea..
hahhahaha.


buat aksi macam ni bile hubby nak tangkap gamba.
hoke. mengarut.
lemak extra dan selulit merate² sekarang. 
tengok diri sendiri lam toilet pon rase nak muntah darah,
ini kan plak nak wat aksi cenggitu. 
klu diri sendiri x muntah, mungkin hubby akan muntah dulu.
hahahahha.


kalu boleh, nak paksa, inche hubby culik burung nie bawak balik ipoh.
hahahhaha.
oke. cukup!
imaginasi melampau.

*semoga kami selamat pergi, dan selamat pulang. wee............. :)

Mama To Be,
Mrs. Akmal


Thursday, April 21

-Me-Mo-Ri- Ber-Sa-Ma- Di-a-

hari nie 21 April 2011. sebenarnye saya x sampai hati nak taip entri tentang ini tetapi setiap kali saya cuba nak lupa, saya mesti akan ingat. takkan boleh lupa. macam awal minggu ni, saya ingat saya nak lupakan tarikh 22 April 2011, tapik malam tadik saya mimpikannya. bila saya terjaga waktu subuh tadik, saya menanges. yea. saya menanges. bukan sebab saya meroyan ke hape, tapi saya betol² rasa sentap. sampai saya menanges. menanges sesungguh hati saya. sungguh. saya rinduuu.................................... T_T

Hubby saya kata, saya patut let go segala feeling yg saya rasa tentang arwah. boleh kew? sedangkan dah bertahun² itulah memori paling pahit yang harus saya telan? setiap tahun,oke! bukan satu, dua hari. patut ke saya labelkan hubby saya x memahami saya? sedangkan dia sendiri melihat saya sengsara kehilangannya sepanjang tahun² belakangan ini??mungkin mereka yang x pernah merasainya lebih mudah berkata².

besok, 22 April, genap 10 tahun pemergian arwah abang kesayangan saya. saya mungkin boleh lupekan dia, atau mungkin boleh let go (mcm yg hubby cakap) perasaan yang menghuni jiwa saya jika saya lihat dia sakit depan mata saya. jika saya dapat menjaga dia selama dia sakit. tapi kehilangannya direntap. direntap dalam masa x sampai satu hari. manusia waras mana yang mampu terima semua ini berlaku dalam sekelip mata? 

pagi kejadian tu, kami sempat lagi bergurau senda, main game bersama dan petangnya saya kehilangan dia. kehilangan dia selamanya! sebagai seorang adik yang membesar bersamanya, ini tragedi paling sukar saya hadapi. sejak kehilangan dia, family saya kata saya pemurung. admit jelah. memang pon. i've lost half of mylife. setiap kali lepas sembahyang, mesti berjurai² airmata bile terengatkan dia. sejak kehilangan dia juga, saya jadik fobia bila lihat atau dengar tentang kemalangan. mesti badan saya menggeletar, hati saya berdebar². saya pernah merasainya. jadik saya tahu bagaimana perasaannya. selepas pemergiannya juga, saya mengelak seboleh mungkin untuk jejakkan kaki ke hospital - wad kecemasan. klu saya ke sana, saya terasa seperti ulang tayang kejadian 10 tahun lalu. saya lihat abah yang hampir terduduk mendengar berita kematian itu. saya lihat abang yang cuba jadik tabah demi kami semua. saya lihat sedara-mara, sepupu² menanges atas kehilangannya. paling saya ingat, di wad separa kritikal, dia terbaring kaku. pucat lesi. darah di muka. baju, seluar jeans penuh darah. ahh! sumpah, saya x sanggup. saya hanya ke hospital apabila terpaksa. diulangi - terpaksa! -

setiap kali lalu depan hospital, selalu je sedaya upaya saya akan pandang ke arah lain sebab hati saya pedih. entah. saya x tahu kenapa. hati saya pedih yang x terucapkan. kadang² saya rasa bersalah pada doktor yang berusaha menyelamatkannya kerana menuduh dia tidak berusaha. sedangkan saya tahu dia telah mencuba. sekurang²nya mencuba. sedangkan saya? pernah saya mencuba untuk lupakan trauma saya?  tak pernah. kerana saya rasa, jika saya lupakan kenangan tu, tentu saya akan kehilangan sebahagian besar dia dalam hidup saya. saya x mahu lupakan bahagian memori saya bersama dia sepanjang hayat saya. 

biarlah klu orang nak kata, 10 tahun jangka masa yang cukup lama untuk saya cuba lupakan dia tetapi kenyataannya saya x pernah lupakan dia. x pernah! 

saya rindu dia. saya rindu suara dia. saya rindu dengar dia panggil acik. saya rindu nak berebut makan dengan dia. saya rindu nak beli baju hari raya sama² dengan dia. saya rindu nak salam tangan dia. saya rindu nak bergaduh dengan dia. saya rindu nak lihat dia senyum.

yes. semalam saya mimpi dia. tiada perbualan. cuma dia tersenyum disebalik baju melayu putih yang membalutinya. sumpah. saya memanggil dia agar pulang tapi cahaya putih yang meneranginya terlalu terang hingga saya terpaksa memejam mata. dan bila saya membuka semula mata saya, saya lihat cuma suami saya disebelah saya. sumpah! klu saya tahu saya hanya dapat lihat dia hanya sekejap, saya x mungkin pejamkan mata saya. dan tetiba hati saya jadi sayu. saya menanges. menanges sesungguh hati saya bila saya sedar saya x mungkin dapat lihat dia lagi.. lihat dia betul² di hadapan mata saya. Ya Allah.........

    

*DariNya kita datang, KepadaNya kita kembali. 
Al-Fatihah kepada Allahyarham Raja Mohd Firdaus Bin Raja Idris. (1983-2001)

"dimana letak syurga itu?
biar kugantikan tempatmu denganku
adakah tanda syurga itu?
biar kutemukan untuk bersamamu
kubiarkan senyumku menari di udara

biar semua tahu kematian tak mengakhiri
cintaaaaaaaaaaa….!!"


Mama To Be,
Mrs. Akmal

Sunday, April 17

-Precious Time-

Precious Time
It's such a special, precious time
You feel as though you're in your prime,
A pregnancy is a beautiful thing,
With all the excitement it can bring.

You feel so very beautiful,
And everything seems so wonderful,
As baby grows inside your womb,
And you decorate the nursery room.

So many things to do and plan,
When baby's birth is near at hand,
But there's no rush, so just enjoy,
And daydream if it's girl or boy!

by Andra Mccoy
Precious Time. knpe?? ntahlah..saya terasa sangat indah. hidup ini sangat indah. saya rasa prenancy moment saat paling indah dalam hidup saya. bila rasa ada seseorang dalam perut saya yang asik menendang dan berguling², dan bergolek².. sungguh sangat² sukar diluahkan dengan kata². betapa Allah itu Maha Pemurah kerana memberi saya merasai semua ini. =.=

"Terima Kasih Tuhan.."

eh, saya dah pegi scan baby saya minggu lepas. excited kan nak tahu sex baby.hahhaha.. oh, baby tu sangat somel. duduk jek die. macam boring jek die kan.hahahha. then after a few second, dia dah mula tendang², angkat² kaki, wat aksi menonggeng la, hape la..hahhah..tapik siyes, kami teruja!! lebih² lagi babahnya lah...-sebab 1st time dapat jumpe baby kan. doktor pon mulekan proses nak tengok sex baby.. memula kami assumed baby boy. then bile doktor kata x nampak dia punya 'tutt', buat kami terpikir, adakah "syarifah" yang menghuni perut ini?? hahaha - ayat x tahan! then bila doktor jenuh dok explore atas bawah, kiri kanan..doktor kata "erm..maybe a girl". MAYBE?????? ei.. saya x suka ayat maybe. saya nak sesuatu yang nyata. iaitu ayat penyata yea murid²..hahhaha. then, rasanya tapelah. malas nak bergaduh dengan doktor tu kan.. dia kata kne datang lagi when 7months @ 8 months. bapak lama nak tunggu?? sekarang baru 6 months! huh. 
tapelah.. mungkin baby tu suh kami tunggu kot. mungkin dia suh kami jangan beli barang² dia awal² sebab tu dia saja menyorok. hahhaha - ayat memujuk hati sendiri. hahhaha. tapelah baby. terima kasih sebab tamau memberi kerjasama kepada mama dan babah utk memilih tema untuk kamu. hahaha.
   

* Pink kew Blue??? 
p/s : misi untuk scan baby di specialist centre pule. hahahhaha... :)

Mama To Be,
Mrs. Akmal

Wednesday, April 13

D.U.L.U

saya harap inche suami saya takkan berubah. xkan berubah menyayangi saya sama macam 9++ tahun yang dulu. bukan sebab saya rasa seronok membuli dia. BUKAN. saya x penah buli dia. percayalah! dia yang selalu buli saya. -hahahaha.
dulu masa zaman kami bercinta di sekolah. dia selalu belanja saya makan laksa kat kantin. (kadang² saya belanja dia juge). sampai sekarang pon dia selalu belanja saya. belikan laksa untuk saya. sebab dia tahu saya peminat tegar laksa. sampai sekarang juga, dia x penah lupe bufday saya. sampai sekarang juga, dia x penah lupa saya gila dengan jus tembikai laici dan ais kacang santan. paling dia ingat saya suka kaler pink. dari zaman sekolah sampai dah besar pon still lagik gilakan pink. saya ingat lagi saya penah paksa dia beli baju raya kaler pink. klu x beli saya x bagi dia datang beraya ke rumah saya. hahhaha. kesian dia!
dulu, saya sangka dia hanya cinta monyet saya. ramai juga yang cakap macam tu. even cegu² sekolah saya pon. after a few year, saya terjumpe cegu matematik saya di bank tempat saya praktikal. dia bertanya ke mana perginya boyfren saya semasa saya sekolah dulu. saya sangkakan dia bertanya tentang ex-boyfren saya.jadi saya jawab dah mati -dalam nada bergurau. kemudian cegu saya kata " bukan budak tu. si syed tu ".. oh. saya terdiam dan terpikir dimana cegu saya dengar rumours mengatakan saya telah putus dengan dia??-bajet macam artis terkenal je kan..hahahha. saya kemudian menerangkan saya masih bersama dia.sudah 5 tahun kami kapel! cegu itu sangat terkejut beruk mendengar confession saya. hahhahaha. tapelah cegu.saya maafkan cegu.. hahhaha. :P
dulu, saya penah ada kenangan manis dan pahit di KFC bersama dia. kenangan manis saya, pertama kali dia sambut hari jadi saya di KFC. siap suprise dgn kek bagai dan seutas rantai yang masih saya simpan hingga kini.(nak gadai, tapi x sampai hati-hahahhah). sumpah! saya takkan lupa kenangan manis itu. samelah dengan kenangan pahit yang terjadi di restoran KFC yang sama (tempat 1st time kami dating, sambut bufday). makanan yg kami beli tertiarap atas lantai. malunya Tuhan saja yang tahu. tapi kami kool jek.. wat muke selamba. duduk, tenangkan diri, gelak² dan baru blah. hahhahahaha... yang lawaknya, sampai sekarang kami dah x jejak dah restoran KFC tu. banned terus! malu punya pasal kan. walaupon klu nk pikirkan secara logik, tade sape pon kenal/recognized muke kami masa tu. sume tengah kebulur nak makan kan. hhahahaha...
dulu juga saya penah terpikir adakah hatinya akan berubah setelah bekerja di sarawak? saya jauh. x mustahil dia akan jumpa seseorang yang lebeh baik dari saya. itu yang saya rasa. tapi selepas beberapa bulan dan menjangkau setahun dia masih setia membuatkan saya tidak teragak² menerimanya sebagai suami setelah dia mula melamar.. ah, sangat manis bila saya telah terlalu lama menantinya (8 tahun ketika itu) dan meminta agar saya menjaganya seumur hidup. saya tidur sambil tersenyum tau malam tu. hahahahhaha.. perancangan bertunang dan bernikah kami dirancang x sampai setahun. segala² saya rasa terlalu indah walau saya tahu saya dan dia x mungkin hidup seperti pasangan suami isteri yang lain. kami terpaksa duduk berasingan. sorang di semenanjung dan sorang lagi di sarawak. setiap hari saya berdoa agar dia akan pulang ke pangkuan saya akhirnya. dan akhirnya betul² makbul bila dia dipulangkan kepada saya. walau ramai kate, sepatutnya bukan dia yang seharusnya dapat transfer. saya x mahu peduli. mereka x tahu bagaimana perasaan saya melainkan cuma pandai mencela. terima kasih!
kini dah hampir setahun kami berkahwen -eh, anniversary 4 june 2011 nie tau. dan kami sedang menanti ahli baru dalam keluarga kami. betapa saya sangat bahagia bersuamikan dia dan betapa saya sangat bahagia dikelilingi kuarga besarnya dan betapa bahagianya saya melihat cahaya bahagia dimatanya setiap kali dia menyentuh perut saya.

~ Sayang, terima kasih kerana membahagiakan saya... ~










Mama To Be,
Mrs. Akmal

Friday, April 8

cerita minggu ini... hee.. :)

blog saye dah berubah wajah... yeay!!! dah lame dah berazam sebenarnye nak cucuk botox cket kat blog nie, tapik tade mase. hahahha. macamla kau tu sebok beno kan efa!!! hari nie menggagahkan jua diri yg x berape nk gagah supaya melunaskan janji kepada diri sendiri. (hape menda tah dia nie?)
hape nk citer yea minggu nie.. oh.. last wednesday, saya pigi soping dgn hubby saya. saje nk abehkan duet die kan.. biasalah. surirumah sepenuh masa memang favret mengabehkan wang saku suami.hahhaha.. saya jugak dah beli 2 bijik (buah) novel utk mengisi masa lapang saya. nyaris saya x beli 3 tau. nyaris sangat!! nasib baek disedarkan oleh inche hubby yg penyayang supaya jangan tamak. hahhaha..
saya beli novel malays yea murid²... saya x beli novel inggeris sebab saya malas nk bukak dictionary klu saya x paham sesuatu perkataan. hahahha... sape kate cegu bi tahu sume huruf dalam bahasa inggeris?? haa.. cakap! jadik secara jujurnye saya telah beli novel :
1) cinta di awan biru - meen zulaikha
2) juara carta cinta - lynn dayana
jadik 2,3 hari nie saya x akan tidur petang lah sebab saya berazam (azam lagi) nak abeskan novel saya by this week juge..(nati bole mintak inche hubby belikan novel yg saya kempunan tu...hehehe).
minggu nie juge minggu happy bagi saya dan inche hubby sebab........................ 
baby kami dah mule menendang dengan kuatnye. oke, fine. kamu x selesa kan duduk tempat yg sempit?? kami sangat teruja. of kos la kan, our 1st baby. klu dah 7, 8 org anak, nak teruja hape lagi kan?? hahahahha.. hari yang sama kami soping² tu sempat gak g survey baby stuff.. bakal babah baby semangat sesangat nak belikan katil baby yg besar gabak! saya x marah pon klu die nk manjakan baby nie pon, tapi katil yg inche hubby nak beli tu besa sangat. saya rasa bole muat 2orang baby kot. sangat mengarut. malas nak layan. lalalallalala..... 
kami juge sangat teruje lihat baju² baby yg comel².. dan saya sangat tergoda pade dress baby girl dari Pooney. T_T rasa cam nak beli jek.... (sabarlah wahai hati..)
hujung minggu nie kami nak pegi scan baby. nak tahu baby girl @ baby boy. sangat teruja tau.
p/s : walaupon sebelom nie konfiden tamo tahu jantina baby.hahhahaha
hape yang kami harapkan??
baby sihat, sempurna dan aktif sudahla. x kesah pon boy @ girl walaupon inche hubby prefer baby boy supaya dapat menemani beliau menonton bola. cissss.....................................!
    


-hoh...comel bangat budak kecik dua orang nie.. grrrrrrrr!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!




Mama To Be.. :)
Mrs. Akmal 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails