thanks for the click readers!

Saturday, November 6

Sedang, Rase, Akan & Ingin...

saya sedang;
  • download lagu. mostly pop songs, sebab sedang terpikir  nak penuhkan lagu dalam sony walkman saya.hahahha.
  •  bersedih bile memikirkan pc saya yang rosak dan menyukarkan saya hapdek belog saya akhir² nie. 
  • membuat senaman kaki kerana jenuh berjalan bersama mak mertua dan adik² ipar saya hari nie. shopping memang menyeronokkan kan?? jadik saya telah beli wedges, seluar,beskot diet, dan tah hape² barang yang maha mengarut dan langsung x termasuk dalam list before kuar shopping tadik.hahahhahaha. sumpah! pembaziran!
  • habiskan buku-buku yang saya da bazirkan duit beli hari tu. Do You Wear Suspenders? dan Daughter of Dust. they are good, go grab one. Oh ya, i read I Too, Am Malay too. My mum hates me for reading that. So what,mum. Undi itu adalah rahsia. haha.
  • kurangkan sesi-sesi online sekarang. deactivating Facebook really helps things to be much easier. but yang tak bestnya, i dah outdated pasal event-event and newest news about my friends :(
  • hapdek belog di rumah mertua saya. sambil menemani kakcik nonton filem.. saya kakak ipar yg baek kan?? hahahha
  • rindukan hubby saye. lagi 14 hari die pulang... cepatlah cuti sekolah..saya makin rindu die.. :(
saya rasa;
  • harga makanan sekarang makin ridiculous. sakit hati bila sekarang kena berkira-kira everytime saya nak beli makanan. sejak bila kuetiaw kerang kegemaran saya dah naik harga jadi RM4.60? 
  • hidup saya makin tunggang-terbalik sekarang. tapi saya tryyy je senyum, walaupun hati dah menangis sampai lebam sembab. takpe, harap² Tuhan masih bersama saya mengharungi segalanya.
  • terlalu ramai road bully sekarang nie. yang x pecaye tu, ade drivers yang cakap saya 1 of them. apekahhhh????
  • mahu jual jek seluar trek yang saya beli 3 hari lepas. tetibe saya rase ia nampak x cantek pade peha drumstik saya. hahahha
  • saya makin jauh dari hidup seseorang. yang saya penah berjanji tidak akan melupakannya bila saya berkawen nati. maafkan saya -jika kamu bace belog saya kali nie.
  • saya perlukan kawan. perlukan pendengar setia yang boleh mendengar saya dan memahami perasan saya. saya penat menjadi seorang pemendam. terlalu penat. fullstop.
saya akan ;
  • memperbaiki hubungan saya dengan semua orang.
  • menyayangi semua orang walau orang lain x sukekan saya. - ade aku kesah???
  • melakukan perkare² baik menjelang aidiladha nie (tade kene mengena.-hahhaha)
  • mengurangkan makan kerana saya asyik lihat peha saya seperti drumstik ayam sejak akhir² nie.
  • mandikan kucen saya - ocie @ mungkin kucen adik ipar saya - suci.
  • lebih luangkan mase dengan family in law saya. kesian mereka, suami saya xde. jadi saya patut lebih kerap melawat mereka.
  • pikirkan nak beraya aidiladha di mana nanti. suami saya tidak pulang. jadi saya beraya bersendirian. saya bercadang mahu  berada seharian di kuburan sahaja. saya rindu arwah abang.. :(
saya ingin;
  •  makan ais kacang santan...sangat teringin - walaupon sebenarnye dah makan pon bulan lepas bersame adik ipar kesayangan saya..hahhaha.
  • makan sup tulang..saya menanges minggu lepas kerana saya x dapat mkn sup tulang yang mak saya masak kerana abah saya dengan tidak berperikemanusiaan telah menghabeskan sup tersebut. harap abah akan belajar pendidikan moral dan sivik selepas ini - menghormati hak org lain (tade kene mengena-hahahhaa)
  • hadiahkan kasut dan handbag pade diri sendiri. - kesian kan saya?? T___T
  • encik suami pulang dengan segera kerana saya sangat rindukannya....


* hidup ini terlalu singkat untuk buat saya bersedih atas perkara² remeh.. cheer up efa!!!!!! :)




Saya Harap Ada Seseorang Akan Datang Kepada Saya Dan Menyerahkan Sehelai Tisu Kepada Saya Bila Saya Memerlukannya. :(
Mrs. Akmal

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails