thanks for the click readers!

Thursday, March 14

Kepada Stalker

Terima Kasih..


Terima kasih


terima kasih..


terima kasih


terima kasih


terima kasih


kerana........

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

TELAH MENJADI BODOH KEPADA DIRI SENDIRI.

dan......
-
-
-
-

-
-
-
-
-

-



-

NAMPAK SANGAT TIDAK ADA MARUAH DAN TAKDE LIFE.. HIDUP KAU NAK STALK ORANG JER KAN??? PASTUH JADIK INFORMER X BERGUNA KONONNNYE.....


HAHAHHAHA...


aku hanya mampu gelak bila tengok kau..




hahahha..



lawak. lawak.



sekian terima kasih.

terima kasih sebab sudi baca..
ke sebab sudi stalker??




hahhaha...



tq tau.. nati kau stalk lagi tau. pastu jgn lupa kol dan bagitahu semua org tau.



hahahaha....



KESIANNNNN......................................


hahahhaha..........





Wednesday, March 6

alkisah budak drama daku

hi readers!
assalamualaikum...

hari ni nak cerita pasal budak drama sorang nie.. dia dah pandai la cakap sesikit. kadang-kadang kalau dia malas, keluarlah bahasa jerman celup dia tu. kekeke! dia dah pandai dan faham cakap orang. dia ;rajin' membantu mamanya dan juga 'rajin' menyepahkan barang. T_T

pada aku feeras nie kategori cepat jugak la bercakap. since aku pegi klinik, tengok budak-budak sebaya dia, x pandai cakap pun lagi. alhamdulilah...tapi ada pro dan kontra jugak kalau budak dah bijak sangat cakap nie sebab dia............................

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
SUKA MERAPU..... T_T

merapu yang kadang-kadang aku rasa macam sedang cakap dengan pesakit mental.hahhahahha!! memula dia cerita pasal upin ipin, pastu tengah dok cerita tetiba bukak cerita bas.. ayoyoyo... apa ini budak?? fenin mama kau.

contoh (1) 

"mama, pin.pin (upin-ipin). pegi school. andainya (pandainya). bas atang (datang). tayo (katun Tayo The Little Bus)".

tak ke pening ko nak paham? hahahha! bila kita x faham, dia marah. pastu mulalah nak tumbuk² dada aku nie sambil cakap "nanak awan(kawan) mama dah". hahhaha.sentap anak aku nie..

contoh (2)

"mama, nunai (kemaluan dia). ama macam babah. (sama macam babah)"

hahahha! OMG! OMG! ni x tau mana dia tau semua ini. babah dia sampai sekarang x boleh terima statement dia ni.hahahha!

contoh (3)

pegang telefon.letak kat telinga dan cakap,

"elu. elu. akum. alam. nanak awan dah. bye-bye."
-helo. helo .assalamualaikum. waalaikumussalam. x nak kawan dah.bye-bye.

aku syak dia tengah prektis mintak clash dengan gelfren dia kutt...hahhaha! kelakar oke.

*paling best sekarang aku dah ada la geng nak borak kan.. walau terasa macam x berborak jea sebab kadang-kadang dia cakap ikut suka hati dia jea.hahha! 

...............................................................................

sekarang jugak perangai dia sangat la tidak menjangkakan langsung. tabiat dia nie selalu menjadi-jadi time aku tengah sembahyang tau.. gila kau x stress kalau dah tinggal berdua dengan dia, pastu time kau nak sembahyang dia boleh pulak buat kau sebagai bahan permainan dia?

contoh (1)

aku tengah sembahyang maghrib masa tue. dalam sujud terakhir, tetiba aku rasa ada orang panjat belakang aku tau. dan...tak disangka-sangka dia boleh bukak riben yang aku ikat kat belakang telekung aku tu.. T_T

kau bayangkan jelah eh..punyalah lama aku tunggu dia bangun dari peluk belakang aku tu dah satu hal kan..then bila bangun jea dari sujud tu, telekung aku dah mengerbang rupa hapa jea. nasib la dah rakaat terakhir. stress aku tau. hahaha!

contoh (2)

masa aku tengah sembahyang maghrib jugak, dia boleh pulak bergaduh permainan dengan bapak dia dan merajuk.then mulalah episod hitam dalam sejarah sembahyang maghribku.. T_T

aku baru start sembahyang masa tu. dia boleh masuk dalam telekung aku dan bukak ikatan kain telekung aku.. pffftttt!  sabar jelah aku. then dia main aci nyorok pulak lam tu. sikit-sikit kuarkan kepala dari dalam telekung, jenguk muka aku dan cakap "chakkk!!". tolonglah...x kelakar oke. aku stress jerrrrrr..... aku tahan lagi masa tu, then masa dia keluar dari telekung tu, aku pon rukuk la kan..gila badak lama aku tunggu budak tu kuar dari telekung.hahaha! masa aku tengah rukuk tu, dia boleh jenguk muka aku pastu boleh tarik kepala aku dan cium...

OMG!! kalau ye pun nak berkasih sayang pun, tunggulah mama kau habis solat kan..hahaha! berhenti terus aku sebab tergelak tau..geram betul. T_T

contoh (3)

babah feeras kata,

"kita kena ajar feeras tengok kita solat berjemaah supaya nanti senang bawak pegi masjid".

ok.foine! aku solat sensorang pun stress, ni kan pulak nak berjemaah..


masa tengah sembahyang tu feeras boleh asik lalu lalang sambil tangan letak kat belakang dan cakap "agus..andainya" (bagus. pandainya) banyak kali? dan macam biasa mama dia memang favret mangsa dia kan..dia duduk atas riba aku masa rakaat pertama tu dan x nak bangun-bangun. bapak dia dah habis rakaat terakhir pun, mama dia duk rakaat first tu jelah.... ohh...only God knows! hahhaha!!

...............................................................................................

memang seronok melihat feeras membesar superfast dan membesar bagai johan.... tapi bila selalu jadi mangsa dia macam nie..stress juga..hahhaha! tapi pada aku nie salah satu tahap perkembangan dia. harap-harap makin besar, takdelah kacau mama dia sembahyang lagi. hihihi!


mama love,
mama fie

Darah Satria Di Lahad Datu.

Hi readers!

Assalamualaikum...

hari nie nak membebel lagi pasal kejadian mengemparkan negara ini. oke. sapa yang duk luar negara, bolehlah baca. sapa yang duk dalam negara tapi x tahu lagi, boleh la sibuk² baca, sapa yang dah tau pon, boleh jea pura-pura baca demi menjaga hatiku ini. tetiba. hahaha!

woi.woi. apa nie? aku nak serius nie weh..jangan ganggu emosi daku oke. kekeke!

rasanya ramai yang dah tahu kot sekarang nie di Lahad Datu, Sabah sedang berlaku pencerobohan oleh tentera Sulu (dari Filipina) yang diketuai oleh Raja Muda Kesultanan Sulu tersebut. mereka dipercayai buat markas sesuka hati mereka di Kg Tanduo (kira-kira 2 jam perjalanan dari Lahad Datu). macam-macam versi yang kita dengar tentang pencerobohan ini. ada yang kata, mereka nak takluk Lahad Datu atau bahasa kasarnya merampas Lahad Datu dari pegangan Malaysia dan mengisytiharkannya sebagai sebuah negara. pun ada jugak yang saya baca kununnya mereka ini minta diberikan sebuah negara di Filipina, tetapi mereka telah diusir. x tau la versi mana yang sebetulnya. 

serius masa tahu Lahad Datu diceroboh, hati aku nie kecut jugaklah. walau aku x duduk pun situ dan x da sedara mara pun kat situ. apa x gila ke tetiba negara kau kena ceroboh? skeri oke. cerita awal yang aku tengok kat TV, kerajaan Malaysia berunding secara baik dan minta penceroboh pulang semula ke tempat asal. kerana itu, hanya anggota polis sahaja yang diletakkan dibarisan hadapan untuk operasi ini. tetapi rupanya tentera sulu ini tidak mahu pun berunding. malah menggunakan taktik kotor seperti berpura-pura mengangkat bendera putih kemudian melakukan serangan bertubi-tubi. sangat kejam oke. akibat dari itu 2 orang pegawai polis telah terkorban iaitu :


    1. Sarjan Sabarudin Daud, 46, dari Kem Ulu Kinta, Perak

    2. ASP Zulkifli Mamat, 29, dari Kem Ulu Kinta, Perak


~Al-Fatihah buat satria negara ini.

masa ni memang sedih dah. aku pun memula terfikir, kenapa kerajaan malaysia x letakkan Tentera dibarisan hadapan? then finally dapat jawapan sendiri sebab kerajaan Malaysia masih nak berunding secara baik. keesokkan harinya pula, 6 lagi kematian membabitkan anggota polis menjadikan kesemua mangsa adalah 8 orang. mereka adalah :

 1. Supt Ibrahim Lebar, 52, dari Cawangan Khas Bukit Aman

 2. Lans Kopral Mohd Azrul Tukiran, 27, dari Batalion 14 Pasukan Gerakan Am, 
     Tawau


 3. Sarjan Abdul Azis Sakirun, 48, dari Batalion 14 Pasukan Gerakan Am, Tawau


 4. Kopral Salam Togiran, 42, dari Cawangan Pengangkutan Ibu Pejabat Polis Daerah 
     Tawau.


 5. ASP Michael Padel, 36, Ketua Cawangan Khas Polis Daerah Semporna

 6. Sarjan Baharin Hamid, 49, dari Kontinjen Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis
     Kontinjen,Sabah.


~Al-Fatihah buat yang beragama Islam dan Rest In Peace (buat Micheal Padel).

oke, sedeh sangat. kita seronok-seronok tengok cita Sehangat Asmara (walaupun ulangan jea pun) kat rumah tapi perajurit negara bermati-matian mempertahankan negara. aku kaum yang lemah. so, memang boleh tengok jea. sedekah Al-Fatihah banyak-banyak untuk mereka. semoga Syahid mereka diterima oleh Allah SWT.

Pagi tadi tengok rancangan apa ntah kat TV, tapi live la bersama prime minister. tetiba dalam ucapan tu dia kata sekarang nie (time tu lam pukul 10lebeh la), tentera kita sedang bertempur dengan tentera sulu di Lahad Datu. aku macam terkejut jugak.. Alhamdullilah lah yang terkeluar dari mulut aku. aku bukan x percaya dengan kebolehan Polis tau, tapi aku tengok tentera Sulu nie macam dah terlatih dalam perang. diorang siap buat serangan hendap lagi. so, aku rasa better bagi pada tentera jea setel sebab mereka lebeh tahu hal-hal macam nie kan.. so..pagi tadi serangan dilakukan dari udara, mortar dan darat. alhamdulillah tiada anggota keselamatan yang terkorban kali ini. kali ini tiada lagi rundingan yang dibuat melainkan operasi mempertahankan negara.

harap-harap semua ni cepat berakhir.. aku cuak ok.

p/s : aku terkedu campur syahdu bila PM kata
 "saya berjanji tidak mahu ada lagi pertumpahan darah berlaku di Lahad Datu."
HIDUP PM!


emosi sangat daku. takziah kepada semua keluarga yang kehilangan orang yang tersayang.


mommy emosi,
mama fie

Monday, February 18

BABY USIA 4 BULAN DILAMBUNG BIBIK!

Assalamualaikum.

menyirap betul hati aku lepas tengok video baby kena lambung kt youtube. x sanggup nak share video tu.mengigil tangan aku,ok. aku tahu pasal ni masa keluar berita tv9 pada 15 feb lepas. then keluar pulak kat tv3 sehari selepas tu. masa tu memang xnak tengok pun sebab aku x bolehlah tengok video dera-dera. nanti aku sentap.

alkisahnya tadi abg aku tag aku kat fesbuk tentang video ni. mengigil tangan aku nak tekan play.bila da tengok separuh perempuan gila ni kerjakan baby 2,twus airmata mengalir.sedeh weh.walau bukan anak sendiri,tapi aku x sampai hati nk buat macam tu.

menurut ceritanya, maid ni da dalam lokap pun utk siasatan selepas bapa bayi tu repot polis.mujur anaknya hanya lebam di tangan dan cedera dikaki. mau trauma hapa mak pak budak ni. bayangkanlah, pak dia tgk anak dia kena lambung2 masa dia on cctv kt lappy dia masa kat restoran.gilo. kalau aku mau histeria apa!

kepada ibu bapa yg bekerja diluar sana, tolonglah cerewet bab maid ni suma.demi anak kecil yg x tahu apa-apa.kesian weh. bayar maid mahal-mahal,sekali dpt yg mental disorder macam ni.

dulu aku rasa geram jugak bila laki aku x bagi aku keje dan suruh jaga anak.tapi lepas tengok video ni,rasa bertuahnyalah Elfeeras dijaga oleh aku sepenuhnya.

x boleh terima kalau elfeeras diperlakukan begini! menanges aku 7 keturunan,tahu!

thanks for reading!

''ISTERI SAYA TIDAK BEKERJA''

Assalamualaikum. Hi readers!

Hari ni adalah hari membebel.sila pasrah! haha!

Seorang suami mengadu rasa letih ... letih dan letih .... dan mahu isterinya membantu dia mendapatkan wang dengan bekerja juga, kerana setakat ini dia berpendapat bahawa isterinya adalah ''tidak berkerja''.

Berikut adalah Soalan dan Jawapan antara Suami (S) dan Pakar Psikologi (P):

P: Apa yang anda lakukan untuk hidup Encik?
S: Saya bekerja sebagai Akauntan di Bank.

P: Isteri Anda?
S: Beliau tidak berkerja. Beliau adalah Suri rumah sahaja.

P: Siapa yang membuat sarapan pagi untuk keluarga anda pada waktu pagi?
S: Isteri saya, kerana dia tidak bekerja.

P: Pada apa masa isteri anda bangun untuk membuat sarapan?
S: Dia bangun pada kira-kira 05:00 pertama kerana dia membersihkan rumah sebelum membuat sarapan.

P: Bagaimana anak-anak anda pergi ke sekolah?
S: Isteri saya membawa mereka ke sekolah, kerana dia tidak bekerja.

P: Selepas mengantar anak-anak ke sekolah, apakah dia lakukan?
S: Dia pergi ke pasar, kemudian pulang untuk memasak dan pencucian pakaian. Anda tahukan dia tidak berkerja.

P: Pada waktu malam, selepas anda pulang dari pejabat, apa yang anda lakukan?
S: Berehat, kerana saya kepenatan kerja seharian.

P: Apakah isteri anda lakukan itu?
S: Dia menyediakan makanan, melayan anak-anak kami, menyediakan makanan untuk saya dan membersihkan pinggan mangkuk, membersihkan rumah kemudian menidurkan anak-anak.

Dari cerita di atas, yang manakah anda fikir lebih berkerja??

Setiap hari isteri anda bermula dari awal pagi hingga lewat malam. Yang dipanggil 'TIDAK BEKERJA'?!

Hargailah isteri anda. Kerana pengorbanan mereka adalah tidak terkira nilainya. Ini harus menjadi peringatan dan renungan untuk semua bagi memahami dan menghargai setiap peranan orang lain. Memahami dan Menghargai antara satu sama lain akan membuat setiap orang berasa gembira.

*sharing is caring*

mama fie.

Monday, January 21

Buat Seorang Sahabat

Assalamualaikum.

entri ini aku tujukan buat sahabatku, Zarlina Bt Rammeli. dia rakan ptama aku bmula alam psekolahan.kami sahabat dari aku darjah 1 hingga kini. dia silent reader belog ini. sekarang beliau dalam ujian Allah SWT. aku cuma minta readers semua berdoa untuknya agar dia segera sembuh dan bpeluang mjadi silent reader aku lagi.

aku byk menanges hari ini.aku harap pengisian aku ini dapat membantu menenangkan hatinya.tadi semasa aku melawat dia di wad,aku x mampu nak berikan kata2 ini kpd dia,kerana hati aku bkecamuk.sedih.hancur melihat dia begitu.

Tahukah kau bahawa hidup ini tidak sentiasa gembira dan ceria? Ujian itu tarbiyyah kepada kita. Kadang kala kita berasa begitu lemah dan tidak mampu menanggung bebannya.  Ada ketika kita berasa letih menghadapi ujian yang melanda diri.

sahabatku tersayang,
Allah s.w.t tidak akan menurunkan sesuatu ujian itu jika kita tidak mampu menghadapinya. Oleh itu, kau hadapinya dengan tenang dan sabar. Sesungguhnya Allah sentiasa bersama dengan hamba-Nya yang sabar.Cuba kau renungi sepotong Kalamullah ini;

"Allah tidak membebani seseorang kecuali sesuai dengan kemampuannya. Dia akan mendapat pahala atas usahanya dan mendapat seksa atas kesalahannya, (lalu dia berdoa): Ya Tuhan kami, janganlah Engkau menghukum kami jika kami lupa atau bersalah."
(Surah Al-Baqarah 2:286)

sahabatku,
Kau juga harus ingat, kesusahan dan kepayahan yang  dilalui hari ini akan mematangkan dan mewarnai hidupmu. Ingatlah pada Khaliq Maha Pencipta. Dia akan sentiasa berada di sisimu tidak kira kau dalam kesenangan mahupun kesusahan.Maka, tabah dan teruskan perjuangan kau dengan aman. Mintalah pada-Nya supaya kau diberikan kekuatan dan pertolongan dalam melalui dugaan hidup.

aku masih disini mjadi teman tangismu jika kau perlukan bahu utk bpaut. maafkan aku kerana aku kadang kala terlupa siapa kita dulu. sem0ga Allah SWT menyembuhkan kau dgn mukjizat-Nya. pasti ada hikmah disebalik semua ini. percaya dan yakinlah pada perancangan Allah. sesungguh-Nya Dia adalah sebaik-baik perancang.

Sunday, January 20

kenangan part 1

hi readers! assalamualaikum.

bufday aku bwu jea lepas.dah 29thun dah aku weh. i feel old. anak aku pun da nak masuk 2tahun bulan 8 nati.how time flies! terasa mcm sume yg blaku mcm mimpi.terengat tau kenangan2 sume.

dlu kan,aku masa kecik kan,tada kawan pompuan.kakak aku dah besa time 2.mana nak kawan dgn aku.jadi aku kwan la dgn abg aku + spupu lelaki yg sbaya abg aku 2.sbb 2 kekadang pangai jantan aku kuar jgk.haha!terengat dlu aku ekot arwah pg cri berudu,tgkap ayam.penah 1 ari 2,aku patahkan daun betik,skali ada benda merayap kt tgn aku.rupanya cicak.aku jerit sambil lari2 keliling kwsn umah,sampai aku tpijak anak ayam smpi mati.rupanya cicak pun mati sbb aku cmpak dia kt dinding-pdarahan otak agaknya.sejak 2,aku fobia dgn cicak smpi skrg.haha!

dlu aku pg sekolah rendah nek beskal tau.x jauh pun skolah 2.tapi aku kna pg awal + gelap2 sbb ekot arwah abg aku 2 la.dia pengawas.kna pg awal.so,aku yg bkn pgawas ni,jadah apa pg awal pn,x pasti la knpa.haha! 1 day,aku mls nk pg skolah,mak aku paksa jgk.tyme pkai kst skolah,aku rasa kasut da ketat.mak aku janji nti dia beli bru.smpi waktu rehat kt skola,aku bkak kst sbb nk tlg cegu besihkan library,rupanya dlm kasut aku ada katak.haha.smpai skrg aku trauma oke!

dlu,parents aku ada bela arnab.byk sgt.dlm 30 ekor.ayam pun ada.kucen pun ada.1 ari kakak aku ajak men dgn dia.tapi boringla.men masak2,pas2 aku jd anak dia,sume keja xblh buat,aku duk jea.x fun ok.aku boring pg bg arnab makan dedak ayam.lgsg makanan 2 xda kna mgena dgn arnab.esoknya arnab mati.sampai skrg parents aku xtau sapa punya keja bg mati arnab2 2.haha.5 ekor kot yg mati masa 2.kekeke!

dalam adik beradik aku,aku sorang jea yg xpandai panjat pokok.paling sakit hati,ble balik kg kt kuala kangsar 2,aku asik jd bahan jea kna kutip buah yg drg petik dr pokok.siap drg suka2 hati baling manggis kt tulang belakangku ini.mengapa la time 2 xda silibus pdidikan sivik kt skolah?stress haku kna buli tau.

p/s: aku kiut jea masa kcik.2 drg buli aku.haha!

Wednesday, January 9

cerita filem aku

assalamualaikum.

ada ke yg tgk cite hantu Ju On td kt channel citra?aku xtgk.bkn takot sgt tp aku rasa film 2 xbest dan agak looser.ntahla pd pndangan korang kan?tp pd aku xseram pn ble tgk hantu ttonggeng2 trun tangga,pas2 buat bunyi erk! erk! erk! apakah? gedik oke. siyes tau.aku ni penakot jgk.tp kalu dah cte hantu pn da terang2 temberang,pe kes plak aku nk takot kan?

film hantu indon adalah sgt myakitkn hti.aku xpnh feel tgk film hantu dr sne.it cost me n0thing.dulu masa aku darjah 3,pakngah aku slalu la bli video (zmn 2 thun 1993,drg pkai video tape ok.tade dvd) cte hantu Mak Lampir.byk siri tau cte hntu dr indon ni.time 2 glamer habes cte ni.sume dok cte takot hantu Mak Lampir (ape ke x komersial lgsg nama kau ni?).dlu aku adalah penakut.jd aku duk umah dediam time abg2 + kakak aku pg umah pakngah nk tgk cte hantu Mak Lampir ni.padahal pakngah duk sblh umh jea pun.haha!

hinggalah pd 1 hari.daku mberanikn diri.hoi.poyo sgt ayt kau ni.ms aku msk,amek port tp pintu. knun kalau seram sgt kang,aku lah org ptama yg lari blek umah.skali ble aku tgk..cet! tah hapa jea ctenye.hantu yg mgilai 2 pn,hampeh jea bunyinye.aku siap gelak2 lg.sbb lgsg xtakot.hoi! ape ni?aku dah hlg peri kemanusiaan ke ape?

sejak 2,aku ok jea tgk cte hntu.kalu takot sgt pn,amek bntal ttp muke,jerit mcm kne histeria.oh,rasa looser sgt.haha! tp xbyk la cte hntu yg seram sgt.ke aku jea yg xthu?kdg2 org kte cte 2 seram,ble aku tgk,hoi.bdarah hidung sbb nk mrh cte yg x myeramkan.stakat ni aku rasa cte yg seram dijiwa aku adalah
-puaka tebing biru,the eyes(korean version),waris(siri ptama ye.siri ke2 da xbest),damping malam,oh.byk dah aku lupa.tp mmg xbyk pn.

film hantu plg best yg aku dan hubs tgk thun lps adalah Hello Ghost.cte ni memang best sbb x menjangka ending myedihkan.hubs siap menanges ok.bkn sng nk buat org lelaki menanges kan..korang download la cite korean ni.

td aku tgk film Istanbul Aku Datang.hoi.best ok.aku dah agak cite ni best sbb pgarahnya BERNARD CHAULY. dia dlu mengarah film favvy aku - Pisau Cukur dan Gol + Gincu!

Sunday, January 6

2013

hi readers! Assalamualaikum.

lama dah aku tak up entri baru.skrg da pkul 3:30am tapi aku masih gigih menaip entri. 2013 hendaknya membawa lebih byk kenangan indah.cth tetibe esk dpt pndah umah bru.hoi!melampau sgt imaginasi daku ini.haha.

2012, dah blalu pun.aku tamau la cita pasal azam.sbb aku takda azam rasanya.haha!2012 is wnderful. feeras membesar bgai johan.ble aku pikir2,aku rasa feeras membesar superfast.kadang2 aku jadi rndu tyme dia kecik2 dlu.skrg dia da bjalan pun.bila aku panggil,dia buat bodoh jea.oh.apakah ini?kalau kita pggil jugak,dia kata diam.org sembahyang.foine! babah dia selalu suh dia diam tyme azan,skrg dia pndai sound aku pulak? pftt...!

thun ni feeras nak masuk 2tahun dan masih breastfeed dgn jayanya.aku masih x terfikir nak weaning off.he will when he was ready.aku xnak push dia.biarla org nk ckp apa pun.dia anak aku.aku kenal dia.thun ni xda perancang memberi adik kpd feeras.aku memang xpenah pun merancang @ mkn pil perancang.tapi jika ketentuan Allah yg tbaik,jadi redha jelah kmi.hehe.aku kalu blh,tam0 peknen + beranak sama dgn org len.benci aku ble org sibuk nk compare2 anak aku.kurus ke,gemuk ke,hitam ke,putih ke,2 anak aku jgk.bkn korang yg tlg jaga pun.bkn korang bg kmi mkn pun.

tapi rasanya memang xda perancangan la ke arah 2.haha! eh,tahun ni bufday aku tarikh cntik 13.1.13. tarikh jea cntik tp tuannya?haha.-aku xmahu mjawab soalan ini-

harap2 thun ni dptla duduk umah bru.harap sgt ni.jenuh dah tgu.asik hold jea.bingit dah aku dgr ayat2 ni kat telinga aku,
"eh!kuarters kt cni byk kosong"
"eh! kuarters yg hjung 2 bwu jea ksong.kmu xnak ke?aku blh tlg"
"salmah xblhla nk duduk umah mertua.skejap pun xblh tau.akak tahan pulak kan?"
"bila nk pindah?"
"bila nak buat rumah?"

ayt ni x di edit. x direka cipta.cuma nama salmah 2,aku tipu la.nama dia lg sedap la dr salmah 2.haha. aku rasa manusia yg mpunyai telinga KHINZIR jea yg mgkin x terasa.aku terasa sbb pkai telinga manusia.eh?

kalau dah setiap kali jumpa,itu jea point nye,apa maksudnya kalau bukan suh kami PINDAH.btl x?

150 juta kali

Untuk kali ke seratus lima puluh juta
Mereka tanyakan engkau soalan yang sama
“Eh kenapa kau masih lagi mahukan dia?”
“Apa kau buta apa kau pura-pura suka?”

Di seratus lima puluh juta kali itu
Di depan semua engkau tarik tangan aku
Yang sedang buat muka kosong tak ambil tahu
Sambil ketawa engkau bilang satu per satu

“Dia mungkin bengis seperti singa”
“Tapi dia nangis tonton cerita Korea”
“Dia mungkin keras bila bersuara”
“Tapi dia jelas jujur apa adanya”
“Aku lagi kenal dia”

Eh dah lebih seratus lima puluh juta kali
Aku pesan padamu apa yang bakal jadi
Engkau dan aku ada mungkin tidak serasi
Engkau sangat manis aku ini pula dawai besi

Di setiap seratus lima puluh jutanya
Aku pun dalam hati semacam tak percaya
Apa kau lihat pada aku jujurkan saja
Terus kau cubit dagu aku sambil berkata

“Sayang mungkin baran tak kira masa”
“Tapi sayang tahan kalau salahnya saya”
“Sayang mungkin saja keras kepala”
“Tapi sayang manja bila kita berdua”
“Saya kenal sayang saya”

Buat apa di cerita
Bahagia kita rasa
Biar tak dipercaya
Peduli orang kata

Baju ronyok tak apa
Asal pakai selesa
Berkilau tak bermakna
Kalau hati tak ada

Aku lebih bengis dari sang naga
Tapi bisa nangis semata demi cinta
Suaraku keras tak berbahasa
Kerna aku rimas gedik mengada-ngada
Aku mudah baran tidak semena
Mana boleh tahan angin cemburu buta

Dan aku sengaja tunjuk keras kepala
Aku punya manja kau saja boleh rasa

Rahsia kita berdua

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails