thanks for the click readers!

Thursday, March 14

Kepada Stalker

Terima Kasih..


Terima kasih


terima kasih..


terima kasih


terima kasih


terima kasih


kerana........

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

TELAH MENJADI BODOH KEPADA DIRI SENDIRI.

dan......
-
-
-
-

-
-
-
-
-

-



-

NAMPAK SANGAT TIDAK ADA MARUAH DAN TAKDE LIFE.. HIDUP KAU NAK STALK ORANG JER KAN??? PASTUH JADIK INFORMER X BERGUNA KONONNNYE.....


HAHAHHAHA...


aku hanya mampu gelak bila tengok kau..




hahahha..



lawak. lawak.



sekian terima kasih.

terima kasih sebab sudi baca..
ke sebab sudi stalker??




hahhaha...



tq tau.. nati kau stalk lagi tau. pastu jgn lupa kol dan bagitahu semua org tau.



hahahaha....



KESIANNNNN......................................


hahahhaha..........





Wednesday, March 6

alkisah budak drama daku

hi readers!
assalamualaikum...

hari ni nak cerita pasal budak drama sorang nie.. dia dah pandai la cakap sesikit. kadang-kadang kalau dia malas, keluarlah bahasa jerman celup dia tu. kekeke! dia dah pandai dan faham cakap orang. dia ;rajin' membantu mamanya dan juga 'rajin' menyepahkan barang. T_T

pada aku feeras nie kategori cepat jugak la bercakap. since aku pegi klinik, tengok budak-budak sebaya dia, x pandai cakap pun lagi. alhamdulilah...tapi ada pro dan kontra jugak kalau budak dah bijak sangat cakap nie sebab dia............................

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
SUKA MERAPU..... T_T

merapu yang kadang-kadang aku rasa macam sedang cakap dengan pesakit mental.hahhahahha!! memula dia cerita pasal upin ipin, pastu tengah dok cerita tetiba bukak cerita bas.. ayoyoyo... apa ini budak?? fenin mama kau.

contoh (1) 

"mama, pin.pin (upin-ipin). pegi school. andainya (pandainya). bas atang (datang). tayo (katun Tayo The Little Bus)".

tak ke pening ko nak paham? hahahha! bila kita x faham, dia marah. pastu mulalah nak tumbuk² dada aku nie sambil cakap "nanak awan(kawan) mama dah". hahhaha.sentap anak aku nie..

contoh (2)

"mama, nunai (kemaluan dia). ama macam babah. (sama macam babah)"

hahahha! OMG! OMG! ni x tau mana dia tau semua ini. babah dia sampai sekarang x boleh terima statement dia ni.hahahha!

contoh (3)

pegang telefon.letak kat telinga dan cakap,

"elu. elu. akum. alam. nanak awan dah. bye-bye."
-helo. helo .assalamualaikum. waalaikumussalam. x nak kawan dah.bye-bye.

aku syak dia tengah prektis mintak clash dengan gelfren dia kutt...hahhaha! kelakar oke.

*paling best sekarang aku dah ada la geng nak borak kan.. walau terasa macam x berborak jea sebab kadang-kadang dia cakap ikut suka hati dia jea.hahha! 

...............................................................................

sekarang jugak perangai dia sangat la tidak menjangkakan langsung. tabiat dia nie selalu menjadi-jadi time aku tengah sembahyang tau.. gila kau x stress kalau dah tinggal berdua dengan dia, pastu time kau nak sembahyang dia boleh pulak buat kau sebagai bahan permainan dia?

contoh (1)

aku tengah sembahyang maghrib masa tue. dalam sujud terakhir, tetiba aku rasa ada orang panjat belakang aku tau. dan...tak disangka-sangka dia boleh bukak riben yang aku ikat kat belakang telekung aku tu.. T_T

kau bayangkan jelah eh..punyalah lama aku tunggu dia bangun dari peluk belakang aku tu dah satu hal kan..then bila bangun jea dari sujud tu, telekung aku dah mengerbang rupa hapa jea. nasib la dah rakaat terakhir. stress aku tau. hahaha!

contoh (2)

masa aku tengah sembahyang maghrib jugak, dia boleh pulak bergaduh permainan dengan bapak dia dan merajuk.then mulalah episod hitam dalam sejarah sembahyang maghribku.. T_T

aku baru start sembahyang masa tu. dia boleh masuk dalam telekung aku dan bukak ikatan kain telekung aku.. pffftttt!  sabar jelah aku. then dia main aci nyorok pulak lam tu. sikit-sikit kuarkan kepala dari dalam telekung, jenguk muka aku dan cakap "chakkk!!". tolonglah...x kelakar oke. aku stress jerrrrrr..... aku tahan lagi masa tu, then masa dia keluar dari telekung tu, aku pon rukuk la kan..gila badak lama aku tunggu budak tu kuar dari telekung.hahaha! masa aku tengah rukuk tu, dia boleh jenguk muka aku pastu boleh tarik kepala aku dan cium...

OMG!! kalau ye pun nak berkasih sayang pun, tunggulah mama kau habis solat kan..hahaha! berhenti terus aku sebab tergelak tau..geram betul. T_T

contoh (3)

babah feeras kata,

"kita kena ajar feeras tengok kita solat berjemaah supaya nanti senang bawak pegi masjid".

ok.foine! aku solat sensorang pun stress, ni kan pulak nak berjemaah..


masa tengah sembahyang tu feeras boleh asik lalu lalang sambil tangan letak kat belakang dan cakap "agus..andainya" (bagus. pandainya) banyak kali? dan macam biasa mama dia memang favret mangsa dia kan..dia duduk atas riba aku masa rakaat pertama tu dan x nak bangun-bangun. bapak dia dah habis rakaat terakhir pun, mama dia duk rakaat first tu jelah.... ohh...only God knows! hahhaha!!

...............................................................................................

memang seronok melihat feeras membesar superfast dan membesar bagai johan.... tapi bila selalu jadi mangsa dia macam nie..stress juga..hahhaha! tapi pada aku nie salah satu tahap perkembangan dia. harap-harap makin besar, takdelah kacau mama dia sembahyang lagi. hihihi!


mama love,
mama fie

Darah Satria Di Lahad Datu.

Hi readers!

Assalamualaikum...

hari nie nak membebel lagi pasal kejadian mengemparkan negara ini. oke. sapa yang duk luar negara, bolehlah baca. sapa yang duk dalam negara tapi x tahu lagi, boleh la sibuk² baca, sapa yang dah tau pon, boleh jea pura-pura baca demi menjaga hatiku ini. tetiba. hahaha!

woi.woi. apa nie? aku nak serius nie weh..jangan ganggu emosi daku oke. kekeke!

rasanya ramai yang dah tahu kot sekarang nie di Lahad Datu, Sabah sedang berlaku pencerobohan oleh tentera Sulu (dari Filipina) yang diketuai oleh Raja Muda Kesultanan Sulu tersebut. mereka dipercayai buat markas sesuka hati mereka di Kg Tanduo (kira-kira 2 jam perjalanan dari Lahad Datu). macam-macam versi yang kita dengar tentang pencerobohan ini. ada yang kata, mereka nak takluk Lahad Datu atau bahasa kasarnya merampas Lahad Datu dari pegangan Malaysia dan mengisytiharkannya sebagai sebuah negara. pun ada jugak yang saya baca kununnya mereka ini minta diberikan sebuah negara di Filipina, tetapi mereka telah diusir. x tau la versi mana yang sebetulnya. 

serius masa tahu Lahad Datu diceroboh, hati aku nie kecut jugaklah. walau aku x duduk pun situ dan x da sedara mara pun kat situ. apa x gila ke tetiba negara kau kena ceroboh? skeri oke. cerita awal yang aku tengok kat TV, kerajaan Malaysia berunding secara baik dan minta penceroboh pulang semula ke tempat asal. kerana itu, hanya anggota polis sahaja yang diletakkan dibarisan hadapan untuk operasi ini. tetapi rupanya tentera sulu ini tidak mahu pun berunding. malah menggunakan taktik kotor seperti berpura-pura mengangkat bendera putih kemudian melakukan serangan bertubi-tubi. sangat kejam oke. akibat dari itu 2 orang pegawai polis telah terkorban iaitu :


    1. Sarjan Sabarudin Daud, 46, dari Kem Ulu Kinta, Perak

    2. ASP Zulkifli Mamat, 29, dari Kem Ulu Kinta, Perak


~Al-Fatihah buat satria negara ini.

masa ni memang sedih dah. aku pun memula terfikir, kenapa kerajaan malaysia x letakkan Tentera dibarisan hadapan? then finally dapat jawapan sendiri sebab kerajaan Malaysia masih nak berunding secara baik. keesokkan harinya pula, 6 lagi kematian membabitkan anggota polis menjadikan kesemua mangsa adalah 8 orang. mereka adalah :

 1. Supt Ibrahim Lebar, 52, dari Cawangan Khas Bukit Aman

 2. Lans Kopral Mohd Azrul Tukiran, 27, dari Batalion 14 Pasukan Gerakan Am, 
     Tawau


 3. Sarjan Abdul Azis Sakirun, 48, dari Batalion 14 Pasukan Gerakan Am, Tawau


 4. Kopral Salam Togiran, 42, dari Cawangan Pengangkutan Ibu Pejabat Polis Daerah 
     Tawau.


 5. ASP Michael Padel, 36, Ketua Cawangan Khas Polis Daerah Semporna

 6. Sarjan Baharin Hamid, 49, dari Kontinjen Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis
     Kontinjen,Sabah.


~Al-Fatihah buat yang beragama Islam dan Rest In Peace (buat Micheal Padel).

oke, sedeh sangat. kita seronok-seronok tengok cita Sehangat Asmara (walaupun ulangan jea pun) kat rumah tapi perajurit negara bermati-matian mempertahankan negara. aku kaum yang lemah. so, memang boleh tengok jea. sedekah Al-Fatihah banyak-banyak untuk mereka. semoga Syahid mereka diterima oleh Allah SWT.

Pagi tadi tengok rancangan apa ntah kat TV, tapi live la bersama prime minister. tetiba dalam ucapan tu dia kata sekarang nie (time tu lam pukul 10lebeh la), tentera kita sedang bertempur dengan tentera sulu di Lahad Datu. aku macam terkejut jugak.. Alhamdullilah lah yang terkeluar dari mulut aku. aku bukan x percaya dengan kebolehan Polis tau, tapi aku tengok tentera Sulu nie macam dah terlatih dalam perang. diorang siap buat serangan hendap lagi. so, aku rasa better bagi pada tentera jea setel sebab mereka lebeh tahu hal-hal macam nie kan.. so..pagi tadi serangan dilakukan dari udara, mortar dan darat. alhamdulillah tiada anggota keselamatan yang terkorban kali ini. kali ini tiada lagi rundingan yang dibuat melainkan operasi mempertahankan negara.

harap-harap semua ni cepat berakhir.. aku cuak ok.

p/s : aku terkedu campur syahdu bila PM kata
 "saya berjanji tidak mahu ada lagi pertumpahan darah berlaku di Lahad Datu."
HIDUP PM!


emosi sangat daku. takziah kepada semua keluarga yang kehilangan orang yang tersayang.


mommy emosi,
mama fie

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails