thanks for the click readers!

Wednesday, March 6

Darah Satria Di Lahad Datu.

Hi readers!

Assalamualaikum...

hari nie nak membebel lagi pasal kejadian mengemparkan negara ini. oke. sapa yang duk luar negara, bolehlah baca. sapa yang duk dalam negara tapi x tahu lagi, boleh la sibuk² baca, sapa yang dah tau pon, boleh jea pura-pura baca demi menjaga hatiku ini. tetiba. hahaha!

woi.woi. apa nie? aku nak serius nie weh..jangan ganggu emosi daku oke. kekeke!

rasanya ramai yang dah tahu kot sekarang nie di Lahad Datu, Sabah sedang berlaku pencerobohan oleh tentera Sulu (dari Filipina) yang diketuai oleh Raja Muda Kesultanan Sulu tersebut. mereka dipercayai buat markas sesuka hati mereka di Kg Tanduo (kira-kira 2 jam perjalanan dari Lahad Datu). macam-macam versi yang kita dengar tentang pencerobohan ini. ada yang kata, mereka nak takluk Lahad Datu atau bahasa kasarnya merampas Lahad Datu dari pegangan Malaysia dan mengisytiharkannya sebagai sebuah negara. pun ada jugak yang saya baca kununnya mereka ini minta diberikan sebuah negara di Filipina, tetapi mereka telah diusir. x tau la versi mana yang sebetulnya. 

serius masa tahu Lahad Datu diceroboh, hati aku nie kecut jugaklah. walau aku x duduk pun situ dan x da sedara mara pun kat situ. apa x gila ke tetiba negara kau kena ceroboh? skeri oke. cerita awal yang aku tengok kat TV, kerajaan Malaysia berunding secara baik dan minta penceroboh pulang semula ke tempat asal. kerana itu, hanya anggota polis sahaja yang diletakkan dibarisan hadapan untuk operasi ini. tetapi rupanya tentera sulu ini tidak mahu pun berunding. malah menggunakan taktik kotor seperti berpura-pura mengangkat bendera putih kemudian melakukan serangan bertubi-tubi. sangat kejam oke. akibat dari itu 2 orang pegawai polis telah terkorban iaitu :


    1. Sarjan Sabarudin Daud, 46, dari Kem Ulu Kinta, Perak

    2. ASP Zulkifli Mamat, 29, dari Kem Ulu Kinta, Perak


~Al-Fatihah buat satria negara ini.

masa ni memang sedih dah. aku pun memula terfikir, kenapa kerajaan malaysia x letakkan Tentera dibarisan hadapan? then finally dapat jawapan sendiri sebab kerajaan Malaysia masih nak berunding secara baik. keesokkan harinya pula, 6 lagi kematian membabitkan anggota polis menjadikan kesemua mangsa adalah 8 orang. mereka adalah :

 1. Supt Ibrahim Lebar, 52, dari Cawangan Khas Bukit Aman

 2. Lans Kopral Mohd Azrul Tukiran, 27, dari Batalion 14 Pasukan Gerakan Am, 
     Tawau


 3. Sarjan Abdul Azis Sakirun, 48, dari Batalion 14 Pasukan Gerakan Am, Tawau


 4. Kopral Salam Togiran, 42, dari Cawangan Pengangkutan Ibu Pejabat Polis Daerah 
     Tawau.


 5. ASP Michael Padel, 36, Ketua Cawangan Khas Polis Daerah Semporna

 6. Sarjan Baharin Hamid, 49, dari Kontinjen Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis
     Kontinjen,Sabah.


~Al-Fatihah buat yang beragama Islam dan Rest In Peace (buat Micheal Padel).

oke, sedeh sangat. kita seronok-seronok tengok cita Sehangat Asmara (walaupun ulangan jea pun) kat rumah tapi perajurit negara bermati-matian mempertahankan negara. aku kaum yang lemah. so, memang boleh tengok jea. sedekah Al-Fatihah banyak-banyak untuk mereka. semoga Syahid mereka diterima oleh Allah SWT.

Pagi tadi tengok rancangan apa ntah kat TV, tapi live la bersama prime minister. tetiba dalam ucapan tu dia kata sekarang nie (time tu lam pukul 10lebeh la), tentera kita sedang bertempur dengan tentera sulu di Lahad Datu. aku macam terkejut jugak.. Alhamdullilah lah yang terkeluar dari mulut aku. aku bukan x percaya dengan kebolehan Polis tau, tapi aku tengok tentera Sulu nie macam dah terlatih dalam perang. diorang siap buat serangan hendap lagi. so, aku rasa better bagi pada tentera jea setel sebab mereka lebeh tahu hal-hal macam nie kan.. so..pagi tadi serangan dilakukan dari udara, mortar dan darat. alhamdulillah tiada anggota keselamatan yang terkorban kali ini. kali ini tiada lagi rundingan yang dibuat melainkan operasi mempertahankan negara.

harap-harap semua ni cepat berakhir.. aku cuak ok.

p/s : aku terkedu campur syahdu bila PM kata
 "saya berjanji tidak mahu ada lagi pertumpahan darah berlaku di Lahad Datu."
HIDUP PM!


emosi sangat daku. takziah kepada semua keluarga yang kehilangan orang yang tersayang.


mommy emosi,
mama fie

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails