thanks for the click readers!

Monday, January 21

Buat Seorang Sahabat

Assalamualaikum.

entri ini aku tujukan buat sahabatku, Zarlina Bt Rammeli. dia rakan ptama aku bmula alam psekolahan.kami sahabat dari aku darjah 1 hingga kini. dia silent reader belog ini. sekarang beliau dalam ujian Allah SWT. aku cuma minta readers semua berdoa untuknya agar dia segera sembuh dan bpeluang mjadi silent reader aku lagi.

aku byk menanges hari ini.aku harap pengisian aku ini dapat membantu menenangkan hatinya.tadi semasa aku melawat dia di wad,aku x mampu nak berikan kata2 ini kpd dia,kerana hati aku bkecamuk.sedih.hancur melihat dia begitu.

Tahukah kau bahawa hidup ini tidak sentiasa gembira dan ceria? Ujian itu tarbiyyah kepada kita. Kadang kala kita berasa begitu lemah dan tidak mampu menanggung bebannya.  Ada ketika kita berasa letih menghadapi ujian yang melanda diri.

sahabatku tersayang,
Allah s.w.t tidak akan menurunkan sesuatu ujian itu jika kita tidak mampu menghadapinya. Oleh itu, kau hadapinya dengan tenang dan sabar. Sesungguhnya Allah sentiasa bersama dengan hamba-Nya yang sabar.Cuba kau renungi sepotong Kalamullah ini;

"Allah tidak membebani seseorang kecuali sesuai dengan kemampuannya. Dia akan mendapat pahala atas usahanya dan mendapat seksa atas kesalahannya, (lalu dia berdoa): Ya Tuhan kami, janganlah Engkau menghukum kami jika kami lupa atau bersalah."
(Surah Al-Baqarah 2:286)

sahabatku,
Kau juga harus ingat, kesusahan dan kepayahan yang  dilalui hari ini akan mematangkan dan mewarnai hidupmu. Ingatlah pada Khaliq Maha Pencipta. Dia akan sentiasa berada di sisimu tidak kira kau dalam kesenangan mahupun kesusahan.Maka, tabah dan teruskan perjuangan kau dengan aman. Mintalah pada-Nya supaya kau diberikan kekuatan dan pertolongan dalam melalui dugaan hidup.

aku masih disini mjadi teman tangismu jika kau perlukan bahu utk bpaut. maafkan aku kerana aku kadang kala terlupa siapa kita dulu. sem0ga Allah SWT menyembuhkan kau dgn mukjizat-Nya. pasti ada hikmah disebalik semua ini. percaya dan yakinlah pada perancangan Allah. sesungguh-Nya Dia adalah sebaik-baik perancang.

2 comments:

Mrs.NZ said...

walaupun tak tahu apa yg sedang dia hadapi tapi kak ninie tetap mendoakan kawan effa tu.semoga dia cepat pulih dan amin...

Effa Akmal said...

tq kak ninie, dia dah oke. dia alergik pada ubat sulfur utk treatment 4 conceive. habes badan dia melecur macam terbakar tu akak.. T_T

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails